Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 7, 2022 @ 6:27pm

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari mengaku tidak menyesal dengan perkara yang terjadi dalam hidupnya kerana percaya setiap manusia akan menerima ujian.

Memetik laporan Harian Metro, Farid menyifatkan dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh mahkamah serta gelaran Datuk ditarik balik adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanannya.

“Ada banyak perkara positif yang dilalui saya sekarang antaranya berlakon di Indonesia dengan Christine Hakim dan Acha Septriasa dalam sebuah filem.

“Dalam al-Quran ada menyebut, bagaimana seseorang itu boleh mengaku dirinya beriman sedangkan dia tidak diuji?,” katanya.

Menurutnya, ujian yang sedang dilaluinya saat ini adalah di dalam kemampuannya.

“Saya bukan saja rasa tapi nampak perkara itu berlaku di depan mata. Itu menunjukkan bahawa ujian yang diberikan kepada saya, mampu atau tidak saya tanggung.

“Dan juga, adakah keimanan saya cukup untuk saya bertanggungjawab di atas apa yang terjadi? Mungkin saya dah buat banyak perkara baik tapi saya tak boleh mengaku saya cukup beriman selagi tidak diuji. Maka ujian itu memberi satu perspektif yang baru dalam hidup saya secara menyeluruh,” katanya.

Terdahulu, pada 23 Ogos 2021, Farid dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.

Farid juga dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dan hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Namun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

People are Petitioning to the Government for Dispatch to Be Shut Down

It seems like people finally realise how damaging Dispatch’s reporting can be.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Trending Wed, 25 Mar 2020

Belum Selesai Pandemik Covid-19, Lelaki Di China Maut Akibat Hantavirus

Di saat pandemik Covid-19 semakin berkurang dan pulih di negara China, seorang lelaki telah meninggal dunia akibat virus lain iaitu Hantavirus.  Lelaki yang berasal daripada wilayah Yunnan itu dikhabarkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang […]

Featured Wed, 24 Jul 2019

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Yang terakhir paling tak sangka!

LIFESTYLE Mon, 1 Jul 2019

Dua Peluncur Malaysia Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Phuket Surf Fest 2019

Mereka adalah Mohd Daud, 29, Didaqt Musaddiq 24, Suhaimi Hassan 24, Nazrin Nasaruddin 25, dan Mona Rasidah 35.

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Sam Bunkface, Isteri Sah Bercerai Sejak Januari

Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari.

Acara Sun, 20 May 2018

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Sesi “Iftar@INTEKMA” menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

Events Thu, 28 Feb 2019

Extra Shows Added to Ola Bola The Musical Season 2!

Tickets are selling out like hot cakes!

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Perut Berisi, Suami Kantoikan Sharifah Sakinah Sedang Hamil?

Wahh betul ke ni? Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

error: Content is protected !!