Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 11, 2022 @ 12:49pm

Nabil Ahmad Jawab Dakwaan Pengacara Termahal – “Nilai Di Sini Bukan Sebagai Duit, Tapi…”

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan senarai pengacara yang dikatakan mempunyai baayaran tertinggi dalam negara.

Menerusi hantaran video tersebut dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, Nabil Ahmad dikatakan dibayar paling mahal dengan jumlah bayaran sebanyak RM40,000.

Dalam perkongsian sama turut menyenaraikan beberapa pengacara lain seperti Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).

Memetik laporan Harian Metro, Nabil menepis dakwaan dirinya dibayar dengan jumlah yang semahal itu dan mengakui nilai sebagai pengacara bukan terletak pada duit sahaja.

“Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri. Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu.

“Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” katanya.

Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad juga berkata apa yang menjadi keutamaan adalah menjalin hubungan baik dalam jangka masa panjang dengan semua pihak yang pernah bekerjasama dengan dirinya.

“Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara ‘PR’, maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh.

“Kita kena sedar tak boleh puaskan semua hati. Pasti akan ada yang cakap tak ‘best’ pun. Lebih baiklah harga sederhana saja. Saya lebih suka hubungan jangka masa panjang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Atikah Suhaime Terkedu Mulan Tiba-Tiba ‘Ditampar’ Kanak-Kanak Lain – “Ini Bukan Kali Pertama”

Atikah meminta pandangan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara untuk dia menangani situasi tersebut tanpa memarahi kanak-kanak berkenaan. 

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Kisah Viral Sat, 22 Feb 2025
Featured Tue, 28 Apr 2026

Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”

Shila Amzah mengaku bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai anak sulung

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

“Bila Nak Kahwin Dayang?”

“Emak dan bapa pun tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin,” jelas pemenang vokal terbaik AJL sebanyak tiga kali  berturut-turut ini.

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Wed, 10 Dec 2025
Hiburan Fri, 23 May 2025
error: Content is protected !!