Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 12, 2022 @ 5:41pm

“Puas Hati? Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia!” – Neelofa Kesal Wajah Bilal Dikritik?

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa baru-baru ini hangat menjadi perhatian netizen selepas wajah putera sulungnya, Bilal didakwa terbongkar se hingga tular di serata media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Bongkar Wajah Bilal, Neelofa Tampil Bersuara – “Saya Tersinggung, Kenapa Tak Hormati Permintaan?”

Ekoran itu, Neelofa menerusi dua hantaran di Instagram Story miliknya pada petang Rabu meluahkan rasa kesal atas segala fitnah dan kata-kata keji yang dilemparkan kepada anakandanya, Bilal.

Menerusi hantaran pertama, Neelofa kecewa individu tidak bertanggungjawab mengedit foto tular tersebut berubah menjadi wajah Bilal.

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu… dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” katanya.

Menerusi hantaran kedua di Instagram, Neelofa berkata perasaan kecewa yang dilaluinya itu hanya boleh difahami oleh para ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak.

“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara… mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati.. benda ni dah timbulkan fitnah dan kata-kata yang tidak baik.

“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teruja Dapat Lihat Anak Neelofa, Individu Beri Bayangan Wajah Bilal! – “Muka Ada Iras-Iras…”

Artikel Berkaitan: “Dah Dah La Nak Trigger Orang Untuk Keji & Maki Saya”- Neelofa Titip Pesanan ‘Makan Dalam’ Gara-Gara…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Elizabeth Tan Alami Pendarahan Hidung 4 Jam Tanpa Henti Gara-Gara…

Uish lama tu sampai 4 jam! Kalau min dah panic dah 😰

Featured Sun, 21 Nov 2021

“Bila Mengamuk, Tahu Pun Mahu Diam” – Wanita Bengang Perniagaan Sering Diganggu Hantu

Sebuah klip video memaparkan seorang wanita bertindak berani memarahi makhlus halus kerana sering mengganggu perniagaannya viral di aplikasi TikTok. Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @beaufit04, berkongsi mengenai seorang wanita yang […]

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Featured Wed, 29 Sep 2021
familuv Tue, 13 Aug 2019

Jangan biar anak main di sekitar 5 jenis pokok hiasan yang merbahaya ini

Tampak cantik tetapi racunnya boleh membawa maut!

Featured Tue, 28 Sep 2021

Antara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali dengan wajah wajah baru yang menampilkan jalan cerita yang bakal membuatkan penonton teruja. Bukan hanya mengekalkan barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Gerak Khas Undercover juga […]

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

CSOIAM: Trending No 1 Di Aplikasi X, Hashtag #OIAM Terus Kuasai Media Sosial & Layar Kaca

Hashtag #OIAM melakar kejayaan luar biasa apabila menduduki tangga trending nombor satu di platform X dengan lebih 700 juta capaian di media sosial.

error: Content is protected !!