Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 16, 2022 @ 12:23pm

Isu ‘Panadol Free’, Air Halia Nabila Huda Dipertikai Netizen – “Masing-Masing Ada Pendapat Sendiri”

Pelakon dan pengacara Nabila Huda tampil mengulas isu ‘Panadol-Free’ dan pengambilan air halia ketika sakit yang menjadi pertikaian dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Nabila meluahkan rasa pelik apabila dirinya dikecam teruk selepas membuat pendedahan bahawa dia dan keluarga tidak mengambil panadol ketika sakit.

Menurut Nabila, dia hanya ingin berkongsi kaedah lain yang diamalkannya untuk mengelak daripada pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ketika sakit.

“Yang korang nak kena explain panjang-panjang kenapa? Kenapa emosi sangat ni dengan post tu? I takde masalah dengan panadol. I cuma share sahaja.

“Motif untuk post minum halia itu adalah, cuba elakkan makan ubat kalau sakit sebab it works for me and my family. Itu je benda yang nak disampaikan,” katanya.

Selain isu panadol, cara pelakon itu membuat air halia pun turut menjadi perbahasan dalam kalangan netizen.

Namun, Nabila mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan segala kutukan yang diterima, sebaliknya kekal dengan prinsipnya untuk tidak mengamalkan pengambilan panadol ketika kurang sihat.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada segelintir warganet yang menyokong dengan kenyataan pelakon itu dan menganggap perkara itu tidak sepatutnya menjadi perbahasan dalam kalangan netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

AL FATIHAH, PELAKON AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

Arwah difahamkan meninggal dunia ketika sedang tidur dan jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Urban Method Tampil Dengan Domo Arigato

Kumpulan hip hop Urban Method tampil membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato. Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi, […]

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Jalani Rawatan Selama Tiga Tahun, Fathia Latiff Kongsi Keadaan Terkini Lawan Sakit Schizophrenia – “Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu…”

Fathia turut mengakui pernah melalui fasa sukar sehingga menimbulkan penyesalan terhadap beberapa perkongsian lamanya di media sosial

error: Content is protected !!