Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 30, 2025 @ 5:23pm

Gabungan Sinema, Teknologi & Diplomasi Budaya… Festival Budaya Filem China-Malaysia Kembali Untuk Edisi Kedua

Menyatukan warisan sinematik dan teknologi masa depan dalam satu platform budaya yang unik, edisi kedua Festival Budaya Filem China-Malaysia membuka tirainya bermula hari ini di GSC Mid Valley Megamall dan GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Festival yang berlangsung sehingga 8 Jun ini dianjurkan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), serta kerjasama GSC International Screens dan China Film Archive serta Trico Group dan Hong Jun Capital turut menjadi penaja utama festival ini.

Majlis yang berlangsung pada tadi telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching dan disertai oleh Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, bersama tetamu kehormat dari sektor filem dan budaya.

Dalam ucapannya, Teo menyifatkan festival ini bukan sekadar perayaan filem, tetapi sebagai jambatan diplomatik budaya antara dua negara.

“Dengan kelebihan budaya yang serasi dan tiada halangan bahasa, kita melihat potensi besar dalam kerjasama merentas filem, animasi, dan teknologi baharu,” katanya.

Pengerusi Penganjur, Festival Budaya Filem China-Malaysia, Aron Koh pula menekankan kuasa sinema dalam merapatkan jurang budaya.

“Setiap filem dalam barisan kami telah dipilih dengan teliti bagi mencerminkan kekayaan warisan sinematik dan suara unik masa kini,” ujarnya.

Antara sorotan utama festival ialah tayangan filem klasik dan kontemporari yang memukau. Filem bisu The Goddess (1934) lakonan Ruan Lingyu dan komedi ikonik It’s a Mad, Mad, Mad World (1987) mewakili era keemasan sinema China dan Hong Kong.

Dua filem pecah panggung China, Creation of the Gods I & II, serta Honey Money Phony dan A Place Called Silence karya pengarah Malaysia, Sam Quah, menonjolkan kepelbagaian genre dan teknik moden dari China.

Sementara itu, Malaysia mengetengahkan karya lokal yang menyentuh hati seperti Guang, Sepet dan Blooms of Happiness, membawa suara sinematik yang mencerminkan nilai dan naratif tempatan.

Festival tahun ini turut menampilkan program industri yang menekankan peranan teknologi dalam filem, termasuk forum tentang kecerdasan buatan (AI) dalam pembikinan filem dan bengkel lakonan bersama pengarah tersohor Hong Kong, Clifton Ko.

Lebih menarik, Lomo Pictures mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang bersama Beijing Tianying Holdings Group Co., Ltd. untuk membangunkan produksi bersama pertama berasaskan teknologi XR (Realiti Terimbuh) antara China dan Malaysia. Usaha ini dijangka membuka lembaran baharu dalam kerjasama teknologi filem serantau.

Tayangan festival ditawarkan pada harga istimewa RM10, manakala filem klasik It’s a Mad, Mad, Mad World akan ditayangkan pada harga RM15 bermula 5 Jun di GSC Mid Valley Megamall (KL), GSC Gurney Plaza (Penang) dan GSC Mid Valley Southkey (Johor Bahru). Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi GSC, aplikasi mudah alih atau mesin layan diri di pawagam terpilih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

‘Perkahwinan Tidak Lagi Menjadi Keutamaan’ – Fathia Latiff

Fathia Latiff akui tidak lagi meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan diri. Kenapa?

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Adira Jawab Gosip Cerai…

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat.

Featured Wed, 20 Aug 2025

Klien ‘Request’ Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Berseloroh – “Awal Lah Budak Ni Dapat Myvi”

Ubai MZ mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di platfrom Threads miliknya.

Events Wed, 18 Jun 2025

Nina Kho Dedah Terima Layanan ‘Double Standard’ Di China – “Makanan Pun Mereka Beza-Bezakan”

Demikian perkongsian pelakon Nina Kho ketika menjalani penggambaran di China baru-baru ini.

Trending Tue, 28 Dec 2021

Noki & MK K-Clique Rebut Cinta Gadis Bernama Mira… Apa Cerita Ni?

Anggota rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK kini dalam persaingan untuk merebut hati seorang gadis bernama Mira. Ha, jangan terkejut kerana itu hanyalah jalan cerita naskhah yang dibintangi oleh mereka bersama Elisya Sandha dalam drama […]

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

error: Content is protected !!