Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2022 @ 6:00am

Jaga KPI Ibu, Asbab Murah Rezeki! – Dr Azizan Osman Kongsi ‘Rahsia Besar’ Kejayaan Dalam Hidup

Jurulatih keusahawanan dan pakar pemasaran terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman tidak lokek berkongsi kunci kejayaannya sehingga mampu menjadi seorang yang dihormati dalam kalangan usahawan muda pada masa kini.

Selain berjaya melahirkan 300 usahawan jutawan dalam kalangan masyarakat, beliau yang baru sahaja menerima ijazah Doktor Falsafah dari Asia e Univerisiti dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan ini mengakui, disebalik kejayaannya, keberkatan dalam perhubungan itu adalah perkara yang paling penting.

“Saya sangat percaya kepada keberkatan. Itu adalah kuncinya. Kalau kita hidup berusaha mencari keberkatan kita akan cuba menjaga perhubungan. Sebab keberkatan dengan perhubungan ini dia macam pasangan.

“Perhubungan ni, dia melibatkan kita dengan Tuhan, kita dengan Nabi, kita dengan mak ayah, kita dengan pasangan, kita dengan orang sekeliling dan kita dengan masyarakat.

“Kalau kita dah biasa jaga perhubungan, dia akan melimpah kat bisnes… sebab kita faham bisnes ni it’s all about trust,” katanya.

Sementara itu, Azizan berkata, kunci yang paling besar adalah keberkatan yang diperolehi dari seorang ibu, bapa dan juga pasangan.

“Bagi saya kunci paling besar adalah keberkatan dengan mak, ayah, isteri dan semuanya baik. Keberkatan Allah tu adalah keberkatan rezeki. Kasih sayang itu wujud dan kasih sayang Allah tu sampai Ya Rahman, Ya Rahim.

“Tapi kalau dalam keluarga kucar kacir mana nak datangnya rezeki Ya Rahman… Jadi saya sangat setuju keberkatan dalam perhubungan tu sangat penting,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai amalan yang dilakukan sehingga boleh meraih kejayaan luar biasa pada usia 48 tahun, Azizan memaklumkan, dia perlu menjaga Key Performance Indicator (KPI) nya terutama sekali kepada ibunya.

“Saya ada KPI, betapa sibuk sekalipun saya, tapi KPI saya adalah mak saya mesti happy.

“Kalau lama saya tak jumpa dia, saya akan cari jalan macam mana nak jumpa dia dan pastikan dia happy. Jadi bila saya ada masa saya akan luangkan masa buat sesuatu dengan mak saya.

“Macam baru-baru ni, saya baru balik dari Switzerland, bila balik tu saya akan bawa mak pergi mana-mana yang dia nak. Out of my busy time, saya berusaha luangkan masa sebab saya nak dia gembira.

“Dan, mak saya ni dia punya power tu adalah bila dia angkat (berdoa) tu ya Allah, memang sangat power. Setakat hari ini, tak kisah lah bila saya buat PHD atau ada challenge lain saya akan buat, saya tetap akan minta mak saya doa, dan mak saya memang power bab tu.

“Mak akan bangun tiap-tiap malam pukul 2-3 pagi, kalau dia berdoa memang dasyat.

“Tapi bagi yang tak ada mak, jangan sedih… masih boleh gembirakan mereka dengan doakan mereka, sedekah, wakaf dan bahagiakan ahli keluarga mak kita. Sebab bila kita jaga orang yang mereka sayang, ia sama macam dia akan bawa keberkatan dalam hidup kita begitu juga dengan ayah atau pasangan.

“Jadi itulah sebenarnya ‘rahsia besar’ dia, buat sikit dapat banyak. Jaga mereka,” kongsinya.

Terdahulu, Dr Azizan meluahkan rasa syukurnya apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.

“Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat bangsa usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Oct 2025

“Kita Ada Misi Penting Dari Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang…” – Zizi Kirana

Zizi juga menegaskan fokus sekarang adalah bercerita dan tidak bisu mengenai isu saudara kita di bumi Palestin.

Featured Mon, 8 Feb 2021

Kajian Terbaru Dedah 81% Rakyat Malaysia Bimbang Hilang Kerja Akibat COVID-19

Diharapkan masalah pengganguran dapat diselesaikan..

Hiburan Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Thu, 8 May 2025

“Ikhlas & Reda Lepaskan Amar, Tapi Jauh Di Sudut Hati Risau Kalau Umur Tak Panjang”  – Amyra Rosli

Meskipun berat hati, Amyra tetap memberikan sokongan penuh kepada Amar

Featured Fri, 12 Sep 2025

“Dia Sendiri Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti” – Pantun 4 Kerat Nafiz Muaz Cetus Spekulasi?

Netizen terhibur dengan inisiatifNafiz berbals pantun bersama pengikutnya.

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
error: Content is protected !!