Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 16, 2022 @ 12:07pm

Selepas Diiktiraf Konsert Terbaik, Search Bakal Beraksi Di Pulau Pinang & Johor Bahru Pula!

Selepas  diiktiraf sebagai antara konsert terbaik pada tahun ini, kumpulan Search sekali lagi menganjurkan Live in Concert – Rockin’ Arena 2022 yang bakal diadakan di Penang Spice Arena, Pulau Pinang pada 24 Disember ini dan pusat beli-belah AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, 28 Januari tahun depan.

Menurut Noordin,  selepas kejayaan Konsert Search Rokin’ On Rooftop yang  berlangsung pada 11 Jun lalu, mereka berehat selama tiga bulan demi membuat perancangan untuk konsert yang bakal diadakan ini.

“Jarak antara konsert Rockin’ On Rooftop dengan konsert yang akan datang ini dalam enam bulan. Bukan apa, selepas konsert itu kami berehat selama tiga bulan untuk buat perancangan untuk konsert seterusnya yang ambil masa juga dengan keadaan cuaca tidak menentu.

“Faktor lokasi juga memainkan peranan, kalau boleh memang selepas konsert Rockin’ On Rooftop kami nak buat di tempat terbuka. Kami juga ada terfikir untuk buat di tempat lain tapi bukan ‘outdoor’ atau atas bumbung.

“Diakui memang ramai yang minta kami buat cepat. Tapi, macam dikatakan tadi, banyak faktor yang kena ambil kira. Lagipun, sewaktu menjayakan Rockin’ On Rooftop, kita tak boleh rancang konsert seterusnya sebab tak nampak lagi hasil konsert ini. Bila dah berjaya, baru kami boleh ambil langkah seterusnya,” katanya.

Selain itu, Noordin turut memaklumkan mereka terpaksa menundakan konsert di Sabah yang sepatutnya berlangsung pada November ini kerana faktor cuaca.

“Kami merancang untuk ke sana (Kuching dan Kota Kinabalu) hujung tahun ini, tetapi ia terpaksa ditunda berikutan situasi musim tengkujuh ketika ini.

“Ini kerana kami mahu membuat konsert di kawasan terbuka, jika buat di lokasi berbumbung tidak ada lokasi yang sesuai pula. Insha Allah, mungkin kami akan ke sana tahun depan,” katanya.

Selain Noordin, Search turut dianggotai oleh Denden Gonjalez (penyanyi), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus.

Harga tiket untuk dua konsert ini ialah RM268 dan RM148 dan dijangka mula dijual minggu depan. Pembelian dibuat secara dalam talian dan secara fizikal di kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Untuk pembelian dalam talian boleh ke www.fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh ke kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Hafiz Hamidun Tegur Siapa Pula?

Artis mana pula yang kena tegur dengan Hafiz Hamidun

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Sat, 22 Oct 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Terharunya min baca komen-komen peminat Aqishhh ❤️❤️❤️ Betullah Aqish jarang buka komen, bila ada peluang tu apa lagi kannn hehe sweet je semuaa!

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Featured Tue, 18 Jun 2024

Tiga Remaja Lelaki Diculik, Dipukul & Gambar B*gel Dirakam

Dah lah culik, penjahat siap ugut tau nak sebar gambar bogel mangsa😡

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Trending Wed, 9 Jan 2019

2 Anak Mandi Darah, Lidah Kelu Tak Terkata

“SEBAIK lelaki itu beredar saya masuk semula ke dalam bilik tidur, dan terkejut melihat keadaan mereka berlumuran darah di kepala dengan kesan kelar dan tetak di atas katil sudah tidak bernyawa.”

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Mon, 25 Mar 2024

Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Mestilah anak-anak segak dah mak paknya pun segak. Tengok Susan Menon tu, awet muda kan?😍

error: Content is protected !!