Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 5:15pm

“Ramai Sangat Orang Tapi Sentiasa Ada Ruang…” Hasrat Tunai Umrah Di Bulan Ramadan Tercapai, Amira Othman Syukur Urusan Dipermudah

Penyanyi, Amira Othman meluahkan rasa sebak apabila salah satu doanya pada tahun ini dikabulkan oleh Allah swt.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Amira berkata proses untuk dirinya menyambut 10 terakhir Ramadan di Tanah Suci Kota Makkah berlaku dengan sangat mudah.

“Masya-Allah. Salah satu doa saya Allah kabulkan tahun ini. Nak sangat rasa Ramadan kat Makkah dan Madinah. Alhamdulillah, tiba-tiba beli tiket, dapat susun jadual kerja, dapat selesaikan hotel.

“Saya anggap Allah jemput sebab semua jadi mudah. Alhamdulillah. Seronok sangat. Semoga kita semua selalu di jemput ke sini. Tempat paling tenang, paling miracle, paling barokah, paling hebat. Tempat ni walaupun ramai tapi sentiasa akan ada ruang untuk kita,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesyukuran terhadap pelantun lagi Bila Nak Kahwin itu atas kurniaan rezeki yang sangat bermakna itu.

Sebelum ini, aktor, Fattah Amin secara terbuka memaklumkan dirinya ada mengirimkan doa kepada Amira yang sedang mengerjakan ibadah Umrah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Trending Sat, 7 Mar 2020
Hiburan Sat, 13 Jan 2024
Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Tue, 15 May 2018

Gelagat Sajat Bila Shopping Dalam…?

Kalau nak tahu bagaimana Sajat shopping? Jangan lupa saksikan episod kali ni okay.

Hiburan Thu, 11 Sep 2025

Sissy Imann Puji Amira Othman Jaga Wuduk, Utamakan Solat Fardhu Walau Sibuk

Sissy Iman puji Amira Othman jaga wuduk, utamakan solat fardhu walau sibuk

Hiburan Tue, 26 Feb 2019
error: Content is protected !!