Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 8, 2022 @ 4:20pm

Diserang Netizen Gara-Gara Bapa ‘Tegur’ Puteri Balqis, Anak Azhar Sulaiman Tampil Bersuara – “Kami Tak Sependapat!”

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona memohon untuk tidak terpalit dengan kontroversi bapanya yang bersuara mengenai isu pendedahan ‘berani mati’ aktres remaja Puteri Balqis berhubung dakwaan gangguan seksual oleh bapa kandungnya.

Artikel Berkaitan: Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Artikel Berkaitan: Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Artikel Berkaitan: Dikatakan Trauma Akibat Dicabul Bapa, Sumber Dakwa Puteri Balqis & Ibu Hidap PTSD Selepas Jumpa Pakar Psikiatri

Artikel Berkaitan: “Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Menyedari namanya terpalit dengan isu berkenaan, Leona memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter miliknya semalam menyeru netizen untuk berhenti ‘menyerangnya’.

“Saya tahu saya anak dia tapi tolong henti kaitkan apa sahaja yang dibuat dengan saya.

“Kami tidak selalu bercakap tentang isu semasa yang berlaku dan saya sendiri tak tahu kenapa dia buat kenyataan begitu. Pendapat bapa saya tak mencerminkan saya,” tegas Leona.

Sehingga kini, nama Leona masih menjadi bualan hangat rata-rata netizen yang menegur dirinya agar menasihati bapanya sebelum memberi sebarang pendapat peribadi.

Umum sedia maklum, Leona sering menjadi tumpuan netizen lebih-lebih lagi apabila dia kerap memuat naik penampilan yang boleh dikatakan menjolok mata.

Artikel Berkaitan: “Seriuslah Dia Pakai Macam Tu?” – Swimsuit Leona Jadi Bualan 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Fab Foodies! Sat, 11 May 2019

An All-in-1 Mummy’s Day Stop at Banyan Tree Kuala Lumpur

Start with a delicious high tea session, move on to a lovely day at the spa and then end it all with a hearty delicious meal.

Featured Sun, 20 May 2018

Benarkah Gaun Perkahwinan Meghan Markle Khabarnya Lebih Mahal Dari Kate Middleton?

Pada hari bersejarahnya bergelar isteri kepada waris kedua takhta England itu, Markle memberi kepercayaan kepada Clare Waight Keller juga Pengarah Artistik wanita pertama Givenchy  yang dilantik tahun lalu untuk mereka cipta gaun perkahwinannya.

Trending Tue, 17 May 2022

Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

Awal Ashaari dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khianat.

Featured Tue, 23 Feb 2021
error: Content is protected !!