Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 22, 2023 @ 2:28pm

Bakal Timang Baby Girl! Dynas Mokhtar Berehat Panjang, Ulas Isu Keguguran Rambut Dalam Kalangan Wanita Hamil

Pelakon Dynas Mokhtar, 40, bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bakal melahirkan anak pada Jun ini.

Memasuki usia kehamilan enam bulan, bintang drama bersiri Keluarga Untuk Disewa ini memutuskan untuk berehat seketika dari aktiviti penggambaran.

“Insya-Allah, saya akan menimang cahaya mata perempuan. Saya dah menjalankan pemeriksaan doktor dan saya bersyukur kerana semuanya baik-baik sahaja. Nama anak pula masih difikirkan, tetapi saya dan suami mahu dua nama dan ia harus bermula dengan huruf E dan O.

“Setakat ini, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran. Saya masih berlakon sehingga usia kehamilan dua bulan. Apabila dapat tahu yang saya sedang hamil, saya terus berehat. Saya ingin memberi fokus kepada proses kehamilan dan melahirkan anak sehingga selepas selesai menjalani tempoh berpantang selama 100 hari,” katanya.

Mengulas mengenai kehamilan keempat, Dynas mendedahkan ia adalah tidak dirancang dan dia sering rasa cepat penat.

“Pengalaman berbeza ketika hamil di usia 20-an, 30-an dan menginjak umur 40 tahun. Saya rasa cepat penat.

“Sebenarnya, kehamilan ini tidak dirancang. Saya risau berhadapan dengan komplikasi namun segalanya baik-baik sahaja. Saya memohon agar ia dipermudahkan,” katanya.

Dynas ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen X Dynas, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.

Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewakili Wellsen.

Bekerjasama dengan jenama terbabit, Dynas berkongsi situasi keguguran rambut yang dialami oleh ramai wanita, terutamanya golongan ibu yang sedang hamil.

“Situasi keguguran rambut melampau yang dialami ramai wanita. Lebih-lebih lagi ia terjadi kepada para ibu sebelum dan selepas melahirkan anak. Bagi saya, masalah keguguran rambut bagi wanita yang melalui proses kehamilan adalah suatu perkara normal, termasuk saya sendiri.

“Sebab itulah bila saya terlibat di dalam kerjasama ini, kunci utama yang saya cuba untuk titik beratkan ialah kesihatan terhadap kulit kepala. Kadang kita sibuk nak jaga rambut, tapi bahagian kulit kepala pula terabai.

“Menerusi syampu ini, kami menggabungkan kandungan terbaik menerusi produk eksklusif yang menggunakan sepenuhnya bahan berkesan, seperti contoh Aqua Cell yang mampu beri kelembapan 48 jam sekali gus boleh mengatasi isu keguguran rambut,” katanya.

Syampu Wellsen X Dynas boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan maklumat semasa mengenainya juga boleh dirujuk menerusi laman media sosial pelakon berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Suami Beri RM50 Untuk Barang Kecantikan Isteri, RapidKL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur & Niaga ‘Cedok Live’ Haram Sampai Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Bosan dengan isteri tak jaga penampilan diri, lelaki berniat nak kawin lagi? Rapid KL kena sembur! Trend niaga Timbang jadi ikutan? Fuhhh, tu dia segmen #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Wed, 2 Aug 2023
#BabyXTRA Fri, 9 Jun 2023

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Bulan 7 ni Wany nak bersalin dahh 🥰 Semoga dipermudahkan segalanyaa ❤️❤️

Featured Mon, 19 Jul 2021

Kelonggaran Pergerakan & SOP Diumum Selepas Aidiladha

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha. “Kita akan beri kelonggaran (individu […]

Hiburan Thu, 3 May 2018

Jangan Terus Kecam, Tengok Dulu…

Kata Mawi, “Saya dah sedia. Kalau tak bersedia tak adalah saya buat langkah berani begini. Lagipun, walaupun filem belum keluar, sudah ada cakap-cakap di belakang. Jangan kecam, kena tengok dulu,”

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…

error: Content is protected !!