Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 20, 2018 @ 4:33pm

Benarkah Gaun Perkahwinan Meghan Markle Khabarnya Lebih Mahal Dari Kate Middleton?

Solekan sederhana menyerlahkan kecantikan aslinya, diperindahkan pula dengan gaun pengantin berpotongan ringkas tanpa perincian yang sarat yang membaluti tubuh genitnya.

Meghan Markle, 36, tampil mempesona dengan balutan gaun pengantin putih di hari pernikahannya dengan Putera Harry yang berlangsung semalam.

Ramai pihak beranggapan bahawa Markle pastinya memilih pereka fesyen negara kelahirannya, Amerika Syarikat seperti Vera Wang atau dari rumah moda, Stella McCartney.

Sebaliknya pada hari bersejarah bergelar isteri kepada waris kedua takhta England itu, Markle memberi kepercayaan kepada Clare Waight Keller juga Pengarah Artistik wanita pertama Givenchy yang dilantik tahun lalu untuk mereka cipta gaun perkahwinannya.

Jurucakap pihak Istana memaklumkan, busana Markle itu dibuat menggunakan enam jahitan yang disulam dengan penuh ketelitian.

“Fokus gaun itu adalah garis leher bateau yang terbuka dengan anggun mendedahkan sebahagian bahu selain memberi fokus kepada potongan yang membuatkan pinggang terlihat ramping,” jelas sumber berkenaan.

Foto: Evening Standard

Ada rumours mengatakan gaun perkahwinan Markle itu lebih mahal berbanding gaun pengantin yang pernah dipakai oleh kakak iparnya, Kate Middleton dan ada pula yang mendakwa sebaliknya.

Menjadi pelengkap gaun bernilai sekitar RM2 juta yang dipakai Markle, tentunya riasan sederhana berwarna nude. Dandanan rambut pula digulung sederhana dilengkapi sebuah tiara pemberian Queen Elizabeth dan vail menutupi bahagian wajah dan rambutnya.

Secara keseluruhan Markle memilih gaya yang minimalis tanpa banyak perhiasan. Bahkan pemilihan sepatu juga sederhana dan ia direka oleh Clare dengan menggunakan fabrik sutera satin.

Mengimbas semula detik indah dan bersejarah buat pasangan diraja itu, Markle dirias di lokasi penginapannya iaitu Hotel Cliveden House.

Bersama ibunya Doria Ragland, Markle dibawa ke gereja St George’s Chapel di Windsor Castle, yakni lokasi pernikahan mereka dengan menaiki sebuah Rolls Royce.

Sebaik tiba di perkarangan St George’s Chapel, Markle melambai kepada ribuan rakyat yang berkumpul di luar gereja sebelum melangkah masuk sambil diiringi pengapit cilik yang memegang vail diperbuat daripada fabrik oganza sepanjang 5 meter itu.

Di antara pengapit comelnya itu, dua daripada mereka adalah anak kepada Putera William dan Kate Middleton, Putera George dan Puteri Charlotte.

Foto: Telegraph

Sumber : Time.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 31 Dec 2022

Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hanya kerana dengki dan iri hati, Nabila Aulia berdepan dengan pelbagai ujian sehingga mahligai perkahwinannya digadaikan. Apabila kebenaran itu timbul, masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia? Saksikan […]

Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Thu, 14 May 2020

[TERKINI] Ziarah Aidilfitri, Pesta Kaamatan & Hari Gawai Hanya Terhad Pada Hari Pertama Sahaja

Jangan sedih-sedih, yang penting boleh beraya dengan yang tersayang!

Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱

Featured Thu, 17 Aug 2023
error: Content is protected !!