Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops April 22, 2019 @ 2:00pm

Jom belajar teknik Heimlich untuk selamatkan kanak-kanak yang tercekik!

Bayi sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dan normal jika bayi anda memasukkan objek yang dijumpainya ke dalam mulutnya. Jika benda yang dimasukkan ke dalam itu ialah makanan, tentunya tidak menjadi masalah, namun perlu juga diberi perhatian kerana mungkin makanan berkenaan kotor atau tidak sesuai dengan bayi anda. 

Bagaimanapun, jika benda atau permainan yang dimasukkan ke mulut itu keras atau terlalu besar, berkemungkinan besar  saluran pernafasan bayi berkenaan akan tersekat.

Jika ia tidak dikeluarkan dengan segera, ia boleh mengancam nyawa atau meninggalkan kesan jangka panjang kepada si mangsa.

Bukan bayi sahaja, kanak-kanak pun boleh tercekik!

Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu tahu langkah kecemasan yang perlu dilakukan jika situasi sebegini berlaku kepada anak anda.

Tanda yang menunjukkan anak anda tercekik ialah mukanya kemerahan dan dia mengalami kesesakan nafas serta batuk dan tersedak. Kanak-kanak pula akan memegang tengkuknya.

Teknik keselamatan universal yang digunakan di seluruh dunia untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami situasi ini dipanggil Heimlich Manoeuvre. Jom pelajari cara berkenaan menerusi tutorial di bawah ini.

Heimlich Manoeuvre untuk bayi di bawah umur setahun:

  1. Letakkan bayi anda dalam posisi meniarap di atas lengan anda. Tampung kepalanya dengan tangan.
  2. Bengkokkan tangan supaya kepalanya lebih rendah daripada dadanya. Pastikan bayi anda tidak terjatuh.
  3. Dengan menggunakan dasar tapak tangan (heel), tepukkan bahagian belakang bayi sebanyak lima kali.
  4. Terbalikkannya dan tampung kepalanya dengan tapak tangan. Dengan menggunakan hujung jari telunjuk dan hantu, tekan di tengah-tengah bahagian dada bayi sebanyak lima kali.
  5. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga objek yang tersekat dapat dikeluarkan dari mulut bayi.
  6. Jika bayi anda mula tidak sedarkan diri, lakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dengan segera.

Tip: Jangan sesekali gunakan jari anda untuk mencari objek yang tersekat kerana anda mungkin akan menyebabkan objek tersebut semakin tersekat di bahagian rongga pernafasan bayi.

Heimlich Manoeuvre untuk kanak-kanak berumur lebih setahun:

  1. Peluk anak dari belakang. Masukkan buku jari kelingking tangan kanan anda ke dalam pusatnya dan putarkan tangan hingga buku ibu jari anda mencecah perutnya.
  2. Letakkan tangan kiri ke atas tangan kanan anda dan tekan ke arah dalam dan ke atas. Ulang hingga benda yang tersekat dapat dikeluarkan.

Nota: Tidak kiralah anda berjaya atau gagal untuk mengeluarkan objek itu, dapatkan rawatan kecemasan dengan segera agar anak anda melalui pemeriksaan oleh golongan profesional.

Sumber: CHOC Children’s

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Thu, 20 Oct 2022

“Whatever You Give Me, I Give It Back To You” – Aleeya Zailan Dermakan Duit Gifts TikTok Untuk Saham Akhirat

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila mendermakan wang hasil ‘gift’ pemberian peminatnya di TikTok kepada golongan yang memerlukan. Aleeya dan suami  turut ‘turun padang’ bersama-sama menyediakan makanan untuk […]

familuv Mon, 19 Aug 2019

Urut-mengurut dulu sebelum ‘bersama’, pasti suami-isteri lebih bahagia

Nikmatnya berurut, boleh hilang segala bebanan diatas kepala sekaligus perasaan resah dan bisa-bisa badan akibat tidak cukup rehat, kuat kerja mahupun tidak cukup tidur. Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk […]

Featured Fri, 13 Feb 2026

Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama suri pilihan hati yang dikenali sebagai, Fiona.

Featured Thu, 19 Jan 2023
familuv Mon, 12 Sep 2022
error: Content is protected !!