Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom August 19, 2019 @ 2:00pm

Urut-mengurut dulu sebelum ‘bersama’, pasti suami-isteri lebih bahagia

Nikmatnya berurut, boleh hilang segala bebanan diatas kepala sekaligus perasaan resah dan bisa-bisa badan akibat tidak cukup rehat, kuat kerja mahupun tidak cukup tidur.

Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk tubuh, urut badan juga akan membuat anggota fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat. Bukan itu saja, beberapa jam selepas berurut anda pasti berasa mudah untuk membuang air besar, betul tak?

Namun begitu, jenis urutan yang ingin dikongsikan Hijab & Heels kali ini adalah urutan pengikat kasih sayang suami-isteri.

Dikenali sebagai urut batin, ia dapat membantu aksi anda di ranjang lebih tahan lama! Oleh sebab urutan batin ini bersifat sangat intim, lebih elok ia dilakukan oleh pasangan kita sendiri.

Menurut Dr Steve McGough, seorang profesor di klinik seksologi:

“Urutan batin adalah cara yang bagus untuk meningkatkan keintiman hubungan pasangan. Malah, ia juga boleh mengurangkan stres dan rasa cemas.

Jika urutan batin dilakukan dengan tepat, ia boleh buat kalian lebih rapat!”

Dr McGough juga menambah, kajian telah membuktikan urut batin mampu mengurangkan tahap hormon penyebab stres, iaitu kortisol dan adrenocoticotropin.

Hormon penyebab stres ini boleh menurunkan nafsu seks. Jadi, urutan batin boleh mengembalikan ghairah seks itu semula kerana ia menambah hormon oksitoksin dan serotonin.

Jom belajar cara urut batin ini!

Foto: stretchphysio

Langkah 1:

Mulakan urutan di bahagian telinga pasangan dengan jari. Urut semua bahagian kanan telinga dari atas ke bawah. Jangan lupa cuping telinga! Kemudian, telinga kiri pula.

Langkah 2:

Urut bahagian kening dan kepala pasangan dengan lembut melalui jari-jemari anda. Kemudian, beri fokus pada leher pasangan pula.

Langkah 3:

Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut.

Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah. Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri.

Langkah 4:

Angkat lengan pasangan, ramas dengan sekuat hati. Berikan ramasan dari hujung tangan atas hingga ke pergelangan tangan.
Ulang beberapa kali. Jangan lupa beri urutan pada jari pasangan juga. Lakukannya pada kedua-dua lengan.

Langkah 5:

Tekan tangan anda perlahan-lahan di bahagian bawah perut pasangan. Di mana bahagian bawah perut? Ia di antara tulang selangka mereka.

Lakukan urutan dalam gerakan memutar dari bahagian rusuk hingga ke bawah mengikut aturan jam.

Langkah 6:

Tekan bahagian punggung dan paha pasangan anda. Lakukan urutan di bahagian lutut naik ke atas. Ulang semula dari punggung ke kaki. Lakukan urutan di bahagian dalam paha juga, dimulai dengan betis, belakang lutut hingga punggungnya.

Urutan ini harus dilakukan sebanyak 20 kali untuk satu kaki.

Langkah 7:

Setelah kesemua enam-enam langkah urut batin dilakukan, baring di sebelah pasangan dan peluk mereka. Ketika ini kalian pasti akan rasa lebih rapat.

Dah sedap kena urut tu, jangan lupa urut pasangan pula ya. Merajuk nanti susah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Mon, 23 Sep 2019

6 sikap ibu bapa punca anak tidak berjaya

Kekerasan bukan cara mendisiplin si kecil

familuv Wed, 10 Oct 2018

Senarai Barangan Dapur Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan Insan Tersayang

Pembiakan bakteria berlaku pada pengalas pemotong plastik yang terdapat banyak kesan torehan.

familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]

familuv Tue, 26 Mar 2019

Suami terminum susu isteri, apakah hukumnya dalam Islam?

Lelaki perlu ambil endah mengenai perkara ini.

familuv Thu, 7 Jun 2018

Harus Bijak Pikat Hati Anak Agar Si Degil Akhirnya Mendengar Kata

Anak yang degil dan keras kepala adalah perkara yang biasa dilalui oleh ibu bapa.

Acara Fri, 25 Oct 2019

Partners in Parenting: Inisiatif bantu ibu bapa muda jaga anak

Tollyjoy, PPAS, dan Orphancare bekerjasama hasilkan platform pendidikan untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak

familuv Fri, 10 Jan 2020
familuv Sun, 2 Sep 2018

Wajib Atau Tidak Pakai Stokin Ketika Berpantang? Doktor Ini Ada Jawapannya

‘Angin’ masuk melalui kaki ibu berpantang yang tak pakai stokin sebenarnya tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. 

familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

error: Content is protected !!