Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops September 28, 2018 @ 6:00pm

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Bagi bayi dan kanak-kanak, keperluan air adalah kritikal kerana mereka memerlukan lebih banyak cecair dinisbahkan pada saiz badan mereka berbanding orang dewasa.

Ginjal atau buah pinggang bayi dan kanak-kanak tidak sepenuhnya berkembang untuk menghadapi kekurangan air, dan rasa haus mereka tidak akan hilang sehingga mereka terhidrat.

Berikut adalah tip berguna untuk ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka minum lebih banyak air kosong.

Foto: BabyCenter

Jadikannya menyeronokkan

Anda boleh membuat aktiviti minum air tidak lagi membosankan dengan membiarkan anak anda memilih cawan kegemarannya. Mereka mungkin akan lebih suka minum air dengan cawan yang cantik.

Lebih menyeronokkan lagi jika anda meletakkan straw berwarna-warni, kiub ais dan potongan buah-buahan! Minum air akan menjadi kebiasaan yang menyeronokkan anak anda akan minum lebih banyak.

Hadkan pengambilan air manis

Anda tidak seharusnya meletakkan minuman manis berwarna-warni di dalam peti sejuk atau di atas meja kerana anak anda mungkin menemuinya ketika haus. Jadikan air satu-satunya pilihan untuk anak anda dan mereka akan minum air sepanjang masa.

Bantu mereka memahami manfaat air

Kanak-kanak selalu bersifat ingin tahu. Lebih baik jika anda dapat menerangkan tentang badan mereka dan kepentingan air dalam badan. Mereka mungkin akan tertarik dengan cara air membantu mereka dalam melakukan banyak aktiviti, menghalang jerawat dan beberapa penyakit serta mengekalkan kesihatan yang baik.

Foto: MomJunction

Jadikan air mudah diakses

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan anak anda minum air adalah dengan menjadikannya lebih mudah didapati. Jika mereka bermain di luar, beri mereka botol; pada waktu makan malam, letakkan jag besar air di atas meja. Jika semua orang dalam keluarga anda sentiasa minum air, semua orang akan membiasakan diri menambah air secukupnya.

Jadikannya positif

Galakkan mereka untuk berfikir tentang manfaat kesihatan daripada meminum air, dan jadikan meminum air sebagai aktiviti normal hari anda, dan bukan sebagai tugas yang perlu dilaksanakan.

Buat perubahan secara beransur-ansur

Jangan haramkan minuman lain secara mendadak. Adalah lebih baik untuk membudayakan tabiat minum air hari demi hari. Mulakanlah dengan mengurangkan minuman manis kepada sekali-sekala atau minuman hujung minggu, bukannya tabiat harian dan hidangkannya dalam gelas yang lebih kecil.

Pada masa yang sama, perkenalkan jag air kosong dalam rumah. Sekiranya anak anda benar-benar cerewet, mulakanlah dengan mencairkan jus mereka sedikit demi sedikit setiap hari, sehingga akhirnya mereka minum air kosong.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 13 Jul 2018

Elak Hubungan Dengan Ibu Bapa Menjadi Seperti Tahi Ayam, Aplikasi 5 Pendekatan Ini

Percanggahan ini boleh mendorong kepada perselisihan faham.

familuv Tue, 3 Mar 2020
familuv Tue, 15 May 2018

Masak Bubur Dan Nasi Serentak Guna Cara 2 Dalam 1. Mudah & Jimat Masa!

Jom cuba teknik masak nasi dan bubur secara serentak ini. Pasti menjimatkan masa anda.

familuv Fri, 10 Jan 2020
familuv Tue, 24 Mar 2020
Events Thu, 15 Dec 2022

Fokus Dalam Pengacaraan, Akhmal Nazri Utamakan Keluarga Berbanding Dunia Lakonan

Pengacara dan pelakon, Akhmal Nazri sudah lama menyepi dalam industri lakonan tanah air selepas mendirikan rumah tangga. Menurut Akhmal, dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan berbanding dunia lakonan akibat kekangan waktu agar tidak mengabaikan keluarga. […]

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

familuv Fri, 6 Jul 2018

Amalkan 8 Tip Ini, InsyaAllah Rumah Tangga Kekal Bahagia

Peluklah isteri atau suami setiap pagi sebelum pergi ke kerja sekurang-kurangnyua 10 saat kerana ini boleh membuatkan mereka rasa disayangi.

Acara Wed, 4 Dec 2019

Columbia Asia sumbang RM10,000 bagi merealisasikan impian pesakit kanak-kanak

Sumbangan dikumpul menerusi Larian Untuk Kanak-kanak 2019

familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

error: Content is protected !!