Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal December 15, 2022 @ 12:42pm

Fokus Dalam Pengacaraan, Akhmal Nazri Utamakan Keluarga Berbanding Dunia Lakonan

Pengacara dan pelakon, Akhmal Nazri sudah lama menyepi dalam industri lakonan tanah air selepas mendirikan rumah tangga.

Menurut Akhmal, dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan berbanding dunia lakonan akibat kekangan waktu agar tidak mengabaikan keluarga.

“Sekarang ni mungkin ramai orang tanya saya dah tak berlakon ke?

“Dulu kan awak banyak berlakon cerita-cerita sekolah semua kan. Sekarang ni saya lebih bidang pengacaraan dan saya rasa dah empat ke lima tahun juga saya dalam dunia ini.

“Bidang lakonan tu bergantung sebenarnya, sebab bila ada keluarga, ada anak, jadi saya kena pandailah bahagikan masa tu. Mungkin family kena beri 50 peratus, kerja pun kena 50 peratus, sebab kita tahu pekerjaan sebagai pelakon shooting back to back, saya kesian dekat isteri dan anak,” katanya kepada XTRA.

Akhmal ditemui XTRA ketika majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 di Bayswater at KLCC, semalam.

Sementara itu, Akhmal lebih memilih watak jika ditawarkan untuk berlakon kerana menginginkan kepuasan dalam lakonan dan bukannya wang semata-mata.

“Kalau dulu watak apapun saya ambil sebab nak job dan duit.

“Tapi mungkin sekarang apabila dah masuk fasa yang lebih dewasa ni saya lebih terbuka untuk membawa watak-watak yang lebih matang sebenarnya.

“Sebab saya banyak sangat dapat watak-watak remaja sekolah jadi saya teringin nak dapat seperti suami orang ataupun mungkin watak-watak yang dewasa sebab kalau dulu tidak berjambang, sekarang sudah berjambang dah kan, takkan nak bawa watak budak sekolah.” katanya lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Yuna Rahsiakan Perkahwinan

Betul ke Yuna rahsiakan perkahwinan dan kenapa perlu berbuat sebegitu

Featured Tue, 7 May 2019

Zendaya hadiri Met Gala sebagai Cinderella dengan gaun yang bercahaya setelah ‘dijampi!’

Lihatlah bagaimana busana rekaan Tommy Hilfiger ini menyala!

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!