Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 8, 2022 @ 12:51pm

Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Nama pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, atau lebih mesra disapa Aqish didakwa telah digugurkan daripada penggambaran drama susulan kontroversi terpalit kes cabul.

Dakwaan itu dibuat oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan kerjaya puterinya itu.

“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk drama sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.

“Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” dakwanya.

Selain aktif dalam bidang seni, Aqish turut menjual buku hasil nukilannya sendiri iaitu 38 Poems of Puteri Balqis demi meraih pendapatan.

Sebelum ini, sumber mendakwa Aqish dan ibunya disahkan hidap PTSD selepas berjumpa dengan pakar psikiatri akibat trauma melampau menjadi mangsa gangguan seksual bapanya.

Artikel Berkaitan: Dikatakan Trauma Akibat Dicabul Bapa, Sumber Dakwa Puteri Balqis & Ibu Hidap PTSD Selepas Jumpa Pakar Psikiatri

Pendedahan berani mati Aqish telah mengejut ramai pihak yang meluahkan perbuatan keju bapanya menerusi platform podcast bersama YouTuber Bros Gang TV pada Sabtu lalu.

Aktres Akulah Balqis itu telahpun membuat laporan polis berhubung dakwaannya di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Isnin lalu.

Terbaru, pihak polis mengesahkan bapa Aqish telah ditahan di Kedah pada jam 2:25 petang semalam.

Artikel Berkaitan: Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!


Kes disiasat dibawah Seksyen 149(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika didapati bersalah.

Sumber: Boom!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Terbitan Bersama Malaysia, Thailand… Philip Keung & Eric Lay Kongsi Cabaran Dalam Filem Seram ‘Kong Tao’

Filem seram terbitan bersama Malaysia dan Thailand, Kong Tao bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Featured Tue, 19 Jul 2022

[VIDEO] Jalani Rawatan IVF, Madammu Terpaksa Buang Tiub Fallopio – “Jika Ini Ujian Untuk Dapatkan Cahaya Mata, Saya Reda…”

Hanya yang pernah melalui sahaja akan faham rasa perit ini.. Moga Madammu terus tabah dan didoakan agar segalanya dipermudahkan olehNya 🤍❤️

error: Content is protected !!