Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 8, 2022 @ 11:44am

Bapa Puteri Balqis Sah Ditahan Reman Atas 3 Pertuduhan!

Bapa kandung kepada pelakon remaja, Puteri Balqis dilaporkan telah ditahan pihak polis sejak semalam selepas anaknya membuat laporan polis yang melibatkan salah laku serangan seksual, memiliki bahan lucah dan pengabaian.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan bahawa lelaki yang berumur 43 tahun tersebut telah ditahan di Kedah pada 2.25 petang semalam.

Bukan itu sahaja, pihak polis turut merampas telefon bimbit bapa kandungnya itu dan diserahkan kepada Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan menganalisa.

Namun begitu, saringan air kencing dibuat ke atas lelaki itu menunjukkan keputusan negatif.

“Saringan ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Ujarnya lagi, lelaki tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi permohonan reman sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.

Tambah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memanggil pelakon remaja tersebut jika ada laporan dibuat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Jul 2021

Ini 4 Perkara Mengejutkan Mengenai Industri Perladangan Malaysia

Tahukah anda bahawa terdapat sejenis tanaman yang menyumbang sebanyak RM70 billion kepada negara, menjadi sumber rezeki kepada 650,000 keluarga peladang serta jutaan pekerja lain tetapi sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan menimbulkan salah […]

Trending Fri, 15 Nov 2019

24 Maut Akibat Dipanah Petir Di Selatan Pakistan

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan dua lagi cedera akibat dipanah petir dalam kejadian berasingan di wilayah Sindh selatan Pakistan dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat. Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di  beberapa […]

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Ustaz Komen Status Anak Hasil Hubungan Terlarang Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’, Netizen Persoal ‘Bin’ Siapa?

Isu ‘bin’ anak jadi panas dalam Khianat Yang Terpilih, ramai mula persoal hukum sebenar… Ini jawapan Ustaz!

Featured Mon, 18 Apr 2022
Trending Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Tue, 15 Oct 2019

“Tolong Hargai Saya..” – Afifah Nasir Kepada Hafreez Adam

Walaupun pernah digosipkan bersama, pelakon Hafreez Adam dan Afifah Nasir menafikan mereka pernah bercinta tetapi hanya berkawan rapat selepas bergandingan bersama di dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit beberapa tahun lepas.  Jadi baru-baru ini, Afifah […]

Featured Sun, 30 Apr 2023
Contest Fri, 28 Feb 2025

Konsert Mega ‘Aku Stacy’ Bakal Berlangsung Jun Ini!

Stacy bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”

error: Content is protected !!