Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2022 @ 8:28pm

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadli Salleh.

Isu mula timbul selepas cikgu terbabit menerima surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja kerana didakwa tidak menggunakan platform yang betul bagi meluahkan pendapatnya mengenai silibus pembelajaran dan isu beg sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Facebook oleh individu dikenali sebagai Khairul Faizie, Cikgu Fadli mengatakan dia enggan penyanyi rap itu masuk campur dalam urusan tersebut.

Tidak berdiam diri dengan isu yang timbul, Caprice sekali lagi tampil mempertahankan pendapatnya apabila tidak bersetuju melihat tindakan Cikgu Fadli yang seakan-akan terikut dengan ‘angin’ netizen.

Sementara itu, dalam satu hantaran yang dimuat Caprice menerusi Instagram Story miliknya, beliau dilihat menjawab kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Fadli menerusi sebuah portal hiburan mengenai isu campur tangan kononnya beliau cuba mengelak dan mengambil inisiatif tidak mahu melayan ‘pertolongan’ Caprice.

“Wow, the hate is real, kau punya hujah kita sokong… Tak payah lah nak repost dan cakap kau tak layan. Aku minta dilayan ke dari kau?

“Dah followers kita memang dari dulu minta kita bagi pendapat dan sokongan so apa salah aku support kau? Glamor sikit dah sombong… rileks lah,” tulisnya.

Malah, dalam hantaran berlainan pula, Caprice turut memaklumkan bahawa sudah lima tahun beliau melakukan perkara sebegini hasil sokongan pengikutnya terutamanya dalam memberikan pendapat terhadap isu hangat yang berlaku dalam negara disamping memberikan kesedaran dan membela mangsa yang terlibat.

Selain itu, tidak mahu terus memanjangkan isu, Caprice turut berharap agar warganet tidak berbalah mengenai isu yang timbul dan terus memberikan sokongan terhadap guru-guru di Malaysia.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Tahniah…Alif Satar, Isteri Dapat Anak Ketiga!

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Alif & Shad!

Hiburan Sun, 8 Sep 2024

“Mungkin Lelaki Melayu Takut Nak Dekati Saya” – Aya Amiruddin

Aya dah la cantik, package kelakar lagi tau

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Lafaz Cerai Hafidz, Shuhada Ditangguhkan Pada 27 Julai

Semoga urusan mereka dipermudahkan

Featured Tue, 4 Dec 2018

Gara-Gara Pewarna Rambut, Wajah Wanita Ini Bengkak Teruk!

Nak cantik punya pasal, muka sampai jadi bengkak!

Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya

Aya Amiruddin meluahkan rasa kesal apabila menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan rupa parasnya

Hiburan Thu, 24 May 2018

Kenapa Zizi Kirana Digelar Bodoh Dan Munafik?

Namun, beliau nampaknya tidak mudah melatah apabila Zizi sendiri memohon agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya danmeinta agar netizen berhenti menggelar dirinya munafik.

Trending Mon, 24 Jun 2019

无奇不有!巴纽产「巨无霸香蕉」粗到一只手拿不住

我们常见的香蕉,也就大约手掌大小,还有更小的芭蕉,但巴布亚新几内亚有一种香蕉种类,体型宏大,无论是香蕉树还是香蕉,都吓人一跳!

error: Content is protected !!