Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 8, 2024 @ 6:05pm

“Mungkin Lelaki Melayu Takut Nak Dekati Saya” – Aya Amiruddin

Pelakon dan pempengaruh, Aya Amiruddin mengakui tidak pernah menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki Melayu.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan warga Nigeria, Aya sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir ke malam gaya filem pertamanya Pontianak 200 KG bersama seorang lelaki antarabangsa.

Ketika disoal sama ada dia hanya menyukai lelaki luar negara, Aya menjelaskan dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria, malah menerima sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupnya baik dari segi agama dan bangsa.

“Masalahnya lelaki Melayu tak ada yang nak. Tapi sekiranya ada, mengapa tidak. Namun tidak menafikan ada yang pernah cuba untuk mendekati, namun ia tidak menjadi. Tak tahulah sebab apa.

“Saya pun tidak meletakkan kriteria tertentu dalam hal berkaitan jodoh. Kalau Allah sudah gerakkan hati dan itulah jodoh, saya terima sahaja.

“Cuma mungkin lah kot lelaki Melayu ‘takut’ untuk mengenali saya. Saya tak pasti kenapa sebabnya saya tak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki Melayu sebelum ini. Setakat kenal-kenal begitu adalah…,” katanya.

Aya berkata demikian ketika ditemui di malam gala dan tayangan perdana filem Pontianak 200 KG baru-baru ini di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Aya memaklumkan lelaki berasal dari negara Nigeria yang hadir ke malam gaya filem tersebut adalah rakan lama yang dikenalinya sebelum memasuki industri hiburan.

Terdahulu, Aya mendedahkan ikatan pertunangan selama dua tahun bersama bekas kekasih, Eronmose Sleem terlerai, Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, Aya tampil sebagai watak utama dalam filem Pontianak 200 KG arahan Shuhaimi Lua yang akan ditayangkan bermula esok di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei.

Filem hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios (PWS) dan Metrowealth International Group (MIG) turut menampilkan pelakon lain seperti Dottie, Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, Malia Baby, Shaf Naufas dan Apich Lo.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bawa ‘Teman Istimewa’ Ke Malam Gala Filem Pontianak 200 KG, Hati Aya Amiruddin Kembali Berbunga?

Artikel Berkaitan: Perancangan Kahwin Hujung Tahun Musnah, Aya Amiruddin Dah Sebulan Putus Tunang – “Tiada Orang Ketiga, Memang Kami Tak Sehaluan” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Janna Nick Mendapat Perhatian Netizen Hanya Kerana ‘Posing’

Janna mungkin perlu lebih berwaspada sebelum memuat naik gambar di media sosial.

Filem Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Tue, 19 May 2026

Cromok, Barbarik Gegar Pentas Menerusi Konsert Black On White Jun Ini Dengan Tribute Istimewa Untuk Kembara

Cromok & Barbarik bakal bergabung menerusi konsert Black On White yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena.

Trending Mon, 4 May 2020

Azmi Caliph Buskers Perlukan Bantuan Kewangan Demi Teruskan Hidup

Semoga dipermudahkan urusan Azmi dan rakan-rakan yang lain

Featured Wed, 26 Feb 2025

Bakal Lancar Lagu Raya, Siti Nurhaliza Puji Karya Aisha Retno – “Tahniah! Anak Muda Yang Hebat”

Siti memaklumkan dia bakal tampil dengan lagu raya terbaharunya tidak lama lagi.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Featured Tue, 19 May 2026

Zizi Kirana Tegur Netizen Persoal Status Iddah – “Fokus Sumud Dik”

Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan status iddah nya.

error: Content is protected !!