Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 4, 2020 @ 4:00pm

Azmi Caliph Buskers Perlukan Bantuan Kewangan Demi Teruskan Hidup

Siapa sahaja yang tidak terkesan dengan PKP sejak ianya dilaksanakan. Pastinya ramai yang sedang berkira-kira mahu makan apa atau berapa banyak bil yang kena dibayar setiap bulan bukan?

Ini turut terjadi kepada vokalis Kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 33, yang mengakui dia kini bergantung kepada pendapatan isteriny, Nazirah Muhammad yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Sumber : Instagram

Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd Saat, pendapatan beliau terjejas teruk akibat PKP. Kerana sebelum PKP dilaksanakan banyak tawaran nyanyian diterima namun terpaksa dibatalkan.

“Kalau dikira lebih daripada 10 tawaran persembahan saya dibatalkan. Justeru, kehidupan saya terasalah banyak berubah sejak PKP apabila pendapatan memang terjejas. Apatah lagi, selama ini saya dan juga rakan Caliph Buskers yang lain kami memang bergantung sepenuhnya dengan bermain muzik dan menyanyi.

Sumber : Instagram

“Untuk saya mujurlah isteri bekerja dan dia ada pendapatan bulanan bagi menampung kehidupan kami. Cuma, ia tidak cukup untuk membayar bil-bil dan sewa rumah,” Katanya.

Tambahnaya lagi, bantuan hanya diterima daripada Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan rakan-rakan artis.

“Pada masa sekarang, bantuan wang paling utama diperlukan, kerana nak bayar bil seperti elektrik, air dan telefon termasuk juga sewa rumah,”  Jelasnya.

Azmi mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Nazirah yang juga cacat penglihatan pada 2011 dan mereka kini menetap di Brickfields, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Ramai Sangka Luahan Cinta, Rupanya ‘Sadis’ Tentang Kerinduan Aina Abdul Terhadap Arwah Ayah

Bagi Aina Abdul, Sadis adalah surat rindu yang tidak pernah sempat dikirimkan kepada arwah ayah.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM 1800

Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Trending Thu, 9 Jan 2020
Featured Mon, 5 Sep 2022
error: Content is protected !!