Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 19, 2022 @ 6:35pm

Masih Akrab Seperti Adik-Beradik, Flop Poppy Tidak Pernah Hilang

Setelah sekian lama menyepi dalam industri, vokalis kumpulan Flop Poppy tampil menafikan andaian orang ramai yang menyatakan band itu sudah ‘hilang’.

Terdahulu, kumpulan yang pernah dianggotai oleh Radhi (vokal), Andy (gitar), Syed (gitar kedua) dan Vijay (bass) sudah berada dalam industri muzik lebih dari tiga dekad.

Menurut Andy, Flop Poppy tidak pernah hilang dalam industri muzik tanah air, sebaliknya mereka lebih aktif menjayakan konsert gig secara kecil-kecilan.

“Orang tanya mana pergi Flop Poppy? Saya kata band ini tidak pernah hilang, malah kami masih aktif.

“Kami lakukan semua sendiri, buat lagu, tulis lirik dan menjayakan persembahan dalam gig kecil.

“Nak kata struggle, tidak juga sebab memang dari awal band ini bergerak sendiri dan sekarang juga begitu,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Andy juga menyatakan mereka pernah membuat uji bakat untuk mencari vokalis selepas ketiadaan Radhi selaku penyanyi asal kumpulan itu.

“Bila nak keluarkan album, Radhi sudah tidak bersama Flop Poppy. Kebetulan, lagu demo pula saya nyanyikan.

“Jadi, kami buat uji bakat untuk mencari penyanyi. Tapi, kami tidak jumpa vokalis yang bersesuaian kerana kebanyakan mereka cuba menyanyi seperti penyanyi lain.

“Saya pula pemalu dan tidak suka berada di depan. Tetapi, ahli kumpulan lain mencadangkan saya supaya mengambil peranan vokalis. Mahu atau tidak, saya kena menyanyi,” jelasnya.

Biarpun kini Radhi sudah tidak bersama dengan kumpulan tersebut, Andy menyatakan, persahabatan mereka masih kekal bahkan sudah menganggap keakraban itu seperti adik-beradik.

“Anggota Flop Poppy keluar masuk, tetapi kami kekal bersahabat. Kami tidak pernah menganggap diri kami sebagai anggota kumpulan, sebaliknya umpama adik-beradik.

“Matlamat Flop Poppy cuma mahu menghasilkan lagu yang bagus dan terus bermain muzik. Kami tidak mahukan populariti,” ujarnya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Featured Fri, 29 Aug 2025

Filem Assalamualaikum Baitullah: Sarat Dengan Sajian Emosi Tentang Cinta, Kehilangan & Keikhlasan

Sebuah filem yang sarat dengan emosi, pengajaran serta perjalanan spiritual.

Trending Wed, 17 Jul 2019

Jeddah’s ELFs Welcomed Super Junior with Gold, Cash and Saudi Oil?

If you think gifting a literal star for your favourite idol isn’t odd enough, then you definitely need to read this…

Featured Mon, 18 Aug 2025
Featured Tue, 31 Mar 2020
Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Individu Dakwa Nilam Ortiz Hanya Orang Tengah, Bukan Pengasas Sebenar Produk Minyak Urut?

Isteri Azlan Komeng didakwa menipu resepi jual minyak urut saraf

error: Content is protected !!