Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops September 3, 2018 @ 12:00pm

Jangan Tidur Dengan Gaya Ini Jika Tak Nak Nampak Lebih Tua

Mengiring, terlentang, meniarap… Semua orang ada gaya tidur tersendiri, terpulang kepada yang mana yang selesa atau datang dengan semuajadinya.

Tapi tahukah anda yang gaya pilihan anda ini boleh mempengaruhi rupa anda? Dalam kata yang lebih jelas, ia boleh menyebabkan kulit muka ada berkedut! Tidaaaak!

Untuk pengetahuan anda lagi, industri kecantikan yang khusus kepada teknologi anti-penuaan bernilai $191.7 billion di seluruh dunia. Ini membuktikan yang terdapat ramai wanita yang takut dengan perubahan pada kulit mereka dan memang perlukan bantuan untuk hilangkan kedutan.

Sebenarnya anda tak perlu bergantung sangat kepada produk kecantikan jika anda perbetulkan tabiat seharian anda.

Dan menurut laporan Mirror, salah satu faktor penuaan adalah gaya anda tidur. Posisi yang paling tidak bagus ialah tidur meniarap.

Foto: www.stemjar.com

Betullah, kan? Bila kita tidur meniarap, muka kita akan penyek mencium bantal. Mestilah berkedut akhirnya!

Gaya tidur ini bukan saja menjejaskan rupa muka, ia juga boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang anda. Ia dipercayai boleh menyebabkan sakit belakang, leher serta perut.

Pakar bedah tulang belakang ortopedik di Los Angeles, Dr Hooman Melamed berkata 80% daripada manusia mengalami masalah sakit belakang dan sakit pinggang dalam hidup mereka. Puncanya adalah cara kita tidur, dan jika dibiarkan, ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Cuba bayangkan. Bila anda tidur meniarap, lebih-lebih lagi bila anda tidur dengan bantal di bahagian kepala, badan anda akan terpaksa melengkung secara tidak normal.

Lama-lama ia akan mengubah bentuk tulang belakang anda dan akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Eeee! Jika anda salah seorang yang tidur begini, baik anda ubah cara anda supaya tak memudaratkan.

Jadi apa posisi tidur yang elok?

Supaya anda tak mendapat kedutan serta sakit tulang belakang, Dr Melamed mengesyorkan kita tidur terlentang.

“Dalam posisi ini, tulang belakang anda berada dalam keadaan semulajadi yang memang menyihatkan.”

Posisi ini juga menghapuskan tekanan tambahan atau mana-mana lekuk yang timbul pada tulang belakang.

Selain itu, jika anda tidur dengan bantal, ia boleh mengelakkan daripada terjadinya asid refluks. Kepala anda akan berada lebih tinggi daripada tilam dan perut pula berada di bawah paras esofagus. Keadaan ini akan mengelakkan kemungkinan untuk bahan makanan yang sedang dicerna terkeluar balik dari perut.

Dari segi kedutan pada muka pula, posisi tidur terlentang membenarkan kulit anda untuk bekerja searah dengan graviti. Apabila anda tidur, kulit anda akan ditarik ke belakang, iaitu ke arah rambut.

Foto: theAsianparent

Kalau tidur meniarap, kulit tertarik ke depan lalu membuatkan kulit anda nampak menggelebeh dan berlapis. Hmm, tak terfikir pula!

“Jika anda melipat sehelai kertas berkali-kali, nanti akan ada kesan lipatan yang tertinggal,” kata pakar kulit Jaime Davis.

Memanglah gaya tidur terlentang tidak boleh hilangkan kedutan pada kulit sepenuhnya, tapi ia memang boleh membantu.

Ada perkara lain yang anda boleh buat untuk pastikan kulit anda kekal gebu dan sihat walaupun anda sudah mencecah usia meningkat. Antaranya adalah melindunginya daripada pendedahan kepada cahaya matahari, memakai krim pelembap dengan kerap, mengamalkan diet yang betul serta tidak merokok.

Semoga informasi ini memberi kesedaran kepada anda!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Aug 2018

Doktor Ini Kongsi Kenapa Rokok Bahaya Kepada Janin

Rokok akan merencatkan oksigen dan nutrisi penting untuk sampai kepada bayi.

Featured Wed, 4 Sep 2019

Ketahui punca tumit kaki pecah dan merekah

Elak masalah lebih serius

Featured Tue, 8 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Anak Eyra Hazali Merengek Nak Gift Lion Raih Perhatian Netizen

Anak kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan warganet dengan telatah comelnya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @waaa., gelagat Hayder yang merengek meminta ‘lion’ dari bapanya, Haziq Nadzli telah […]

Featured Sun, 10 May 2026

“Tak Semua Orang Tahu Betapa Penatnya Menjadi Kuat Setiap Hari” – Gagal Tahan Sebak, Puteri Sarah Akui Anak-Anak Sumber Kekuatan

Puteri Sarah Liyana gagal menahan sebak ketika berkongsi antara kekuatan yang membuatkan dirinya terus bertahan sehingga ke hari ini.

Featured Mon, 17 Mar 2025

Ziarah Pusara Allahyarham Siti Sarah, Matin Gagal Tahan Sebak -“Dia Dah Makin Faham Maksud Rindu”

Tindakan Matin gagal menahan sebak tatkala diminta menyanyikan lagu baharunya itu menyentuh hati ramai apatah lagi anak kecil itu sering dilihat ceria.

Featured Mon, 6 Dec 2021

Nyanyian Semula Layu Di Hujung Mekar Trending #1 Di YouTube, Ramai Puji Afieq Shazwan Sesuai Bawa Genre Lagu Jiwang!

Lagu Layu Di Hujung Mekar yang dibawakan oleh kumpulan RIO pernah menjadi popular sekitar tahun 90-an dan kini masih lagi didengari oleh penggemar muzik. Baru-baru ini, syarikat rakaman FMC Music telah memuat naik video nyanyian […]

Sihat Thu, 28 Nov 2019

Daun mangga mampu meredakan pelbagai penyakit

Baik untuk diamalkan pesakit diabetes!

Featured Wed, 24 May 2023
Sihat Fri, 15 Mar 2019
error: Content is protected !!