Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2026 @ 10:39am

“Tak Semua Orang Tahu Betapa Penatnya Menjadi Kuat Setiap Hari” – Gagal Tahan Sebak, Puteri Sarah Akui Anak-Anak Sumber Kekuatan

Pelakon Puteri Sarah Liyana gagal menahan sebak ketika berkongsi antara kekuatan yang membuatkan dirinya terus bertahan sehingga ke hari ini.

Kata Sarah menerusi perkongsian di Instagram, dia sendiri tidak pernah menyedari bahawa dirinya seorang wanita yang kuat sehinggalah diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan rumah tangga dan peribadi.

“Dulu saya tidak sedar yang saya mempunyai kekuatan. Dulu saya fikri saya lemah, saya tidak boleh tapi bila kita dilanda ujian, baru kita tahu yang kita sebenarnya mampu.

“Kerana apa? Kerana kita mendorong diri kita sehingga ke tahap yang maksimum,” katanya.

Akuinya, meskipun telah berdepan dengan fasa duka selama lima tahun, namun akhirnya dia bangkit selepas memikirkan masa depan kedua-dua anaknya.

“Saya sudah lima tahun bertahan dan saya lemah. Tapi selepas lima tahun, saya bangkit kerana saya mempunyai dua orang anak. Kekuatan saya adalah anak-anak,” jelasnya.

Justeru, sempena sambutan Hari Ibu, Sarah menitipkan pesanan menyentuh hati mengenai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya seolah-olah ia adalah luahan peribadinya.

“Tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi kuat setiap hari. Ada waktu hati terlalu lelah, dunia terasa berat, dan air mata jatuh diam-diam tanpa sesiapa nampak. Tapi setiap kali melihat anak, ada satu kekuatan yang hadir semula dalam diri.

“Kekuatan seorang ibu lahir daripada pelukan kecil dan senyuman anak yang tidak pernah tahu betapa mereka sebenarnya sedang menyelamatkan hati ibunya,” ujarnya.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Aug 2021
Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

李俊颉新歌掀手势舞热潮「TIK TOK」APP上千人参与

Victor李俊颉的全新单曲《别说再等一下》出乎预料在网络亚洲超人气手机 APP「Tik Tok」成热门手势舞潮流,吸引上千人参与!

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Bukan Tujukan Sesiapa” – Kaka Azraff Perjelas Perkongsian Threads, Mahu Buka Ruang Kesedaran

Kaka menegaskan kepentingan kesedaran dalam membantu seseorang memahami dan menghadapi sesuatu situasi dengan lebih baik.

Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

’Buat Hal Lah Kau Karim!’, Nabila Huda Kongsi Pengalaman Lucu

Memang kelakar habis lah insiden ni. Korang kat luar sana jangan buat macam ni tau. Haha!

Trending Tue, 10 Apr 2018

Penampakan UFO Terbang Di Ruang Udara Texas?

Ia kelihatan seolah-olah sebuah pesawat tetapi mengeluarkan cahaya terang. Tidak dapat dipastikan sama ada itu roket atau UFO. Agak-agak korang apa ya?

error: Content is protected !!