Featured By: Salma Syahbuddin October 23, 2022 @ 4:35pm

“Selain Bahagia Bersama, Kami Juga Melakukan Hal-Hal Bodoh Berdua…”- Jawab Soal Kahwin, Rizky Febian & Mahalini Pilih Privasi

Selepas kejayaan pada konsert sulungnya yang berlangsung pada 20 Oktober lalu di Zepp, Kuala Lumpur, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian mengakui lebih berahsia mengenai soal perkahwinannya dengan teman wanitanya yang juga penyanyi, Mahalini Raharja.

Menurut Rizky Febian atau nama penuhnya, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 24, semestinya perancangan untuk membawa suatu hubungan itu ke fasa seterusnya ada namun, buat masa sekarang karier itu lebih penting.

“Biar soal itu menjadi sebuah rahsia saya dan dia. Tetap kami mempunyai perancangan ke arah itu. Kini, kami mahu mengejar impian masing-masing dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Doakan sahaja, semoga sampai ke tahap itu. Kerana, di Indonesia sahaja saya tak pernah membicarakan soal ini,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi mengenai karakter teman wanitanya itu, Rizky atau lebih mesra dengan panggilan Iky berkata, Mahalini merupakan seorang gadis biasa yang tidak terlalu menjaga imej dan bersikap ‘gila-gila’.

Bahkan, keperibadian dan kebersamaan yang ada membuatkan pelantun lagu Hingga Tua Bersama ini menyenangi sikapĀ  teman wanitanya itu.

“Kami pasangan yang biasa sahaja, selalu gembira, selalu berbincang, selalu memberi sokongan antara satu sama lain, selalu punya masa untuk satu sama lain dan dia tidak terlalu menjaga imej dan kerana kami masing-masing ‘gila’.

“Kami saling menerima antara satu sama lain seadanya serta melakukan hal yang bodoh-bodoh bersama dan kerana itu kami sefrekuensi,” jelasnya.

Terdahulu, Mahalini juga dilihat hadir menemani Rizky bersama ahli keluarga yang lain pada konsert Rizky Febian Live In Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œImpian Saya Adalah Untuk Membawa Arwah Ibuā€¦ā€ ā€“ Persembahan Penuh Intimate, Rizky Febian Bikin Peminat Galau

ARTIKEL BERKAITAN:Meriah Dengan Sorakan Peminat Wanita, Konsert Rizky Febian ā€˜Full Houseā€™!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022
Trending Tue, 30 Jan 2018

180å…¬åˆ†ęœ€čŒčŗ«é«˜å·®ļ¼ęœ€é«˜ē”·äøŽęœ€ēŸ®å„³ć€Œäø–ēŗŖåŒę”†ć€

å…Øēƒęœ€é«˜ē”·ę€§å’Œęœ€ēŸ®ēš„å„³ę€§åœØåŸƒåŠé‡‘å­—å””å‰č§é¢äŗ†ļ¼é‡‘갏äø–ē•ŒēŗŖå½•ć€Œęœ€é«˜ē”·ę€§ć€ēš„äæęŒč€…č‹äø¹.ē§‘唞ļ¼ˆSultan Kosenļ¼‰å’Œå…Øēƒęœ€åØ‡å°å„³ę€§ēš„ä¹”č’‚.é˜æ姆儇ļ¼ˆJyoti Amgeļ¼‰ę—„前åœØåŸƒåŠč§‚å…‰å±€é‚€čÆ·äø‹ļ¼Œäø€åŒēŽ°čŗ«åœØ吉čØ大金字唔ļ¼ˆGiza pyramidsļ¼‰å‰ļ¼Œäø¤äŗŗčŗ«é«˜å·®č·č¾¾180多公分ļ¼Œč®©ę•“äøŖē”»é¢ę—¢éœ‡ę’¼åˆęœ‰č¶£ļ¼Œå Ŗē§°ę˜Æ꜀怌萌怍čŗ«é«˜å·®ć€‚

Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

#DramaTonton; MATA KETIGA Bakal Goncang Emosi Bermula Hari Ini!

Ritual ini memang dianggap kolot, berdosa namun ada yang berani-berani mencuba.

Events Wed, 12 Sep 2018
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

#daiTV3 : Mengungkap Isu Terkini Dalam Dai’ Pendakwah Nusantara Malam Ini!

Barisan #daiTV3 pada malam ini akan diberikan tugasan menyampaikan dakwah mengenai isu terkini yang melanda negara termasuklah, depresi dan banyak lagi topik-topik menarik yang semestinya hangat untuk dibincangkan

Featured Fri, 5 May 2023