Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 21, 2022 @ 7:40pm

Abang Viva Didakwa Kahwin Tanpa Restu Keluarga? Luahan Hati Kakak Curi Perhatian – “Mungkin Kami Hanya Beban, Rupa Buruk & Busuk!”

Pernikahan individu yang digelar ‘hero’ banjir oleh seluruh rakyat Malaysia, iaitu Abang Viva mencetuskan tanda tanya selepas didakwa berkahwin tanpa restu dan tidak menjemput keluarga terdekat.

Ia ekoran sebuah hantaran yang dimuat naik oleh kakaknya, Fauziyah Omar meluahkan rasa kecewa mengenai berita perkahwinan adiknya itu.

“Kepada sesiapa yang bertanya, ya betul insan ini telah bertunang dan berkahwin. Tanpa pengetahuan mak ayahnya yang masih ada didunia ini.

“Kepada pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami buruk dan busuk.

“Mak ayah saya dan anak-anak buah saya tak layak duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya beban yang akan menyusahkan dan menjadi penghalang kepada kebahagiaan mereka.

“Saya mohon kepada semua, BERHENTILAH BERCAKAP ATAU BERTANYA APA-APA MENGENAI DIA KEPADA MAK DAN AYAH SAYA..

“Cukuplah dengan apa yang dah mak ayah saya tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah airmata yang telah jatuh ke pipi mak ayah saya yang dah tua. Berhenti kaitkan kami dengan mereka,” katanya yang memuat naik foto Abang Viva bersama isteri, Evanoza.

Bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook rasmi Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar berkata akan tampil menjernihkan keadaan menerusi sebuah siaran langsung pada malam ini.

“Tunggu live malam ini untuk clearkan semuanya. Dan korang boeh nilaikan sendiri.. Sekarang ini tengah kerja,” tulisnya beserta tanda pagar #orangjauhnakmasuk #cubategakbendayangsendiribuatsalah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Artis Korea Kegilaan Ramai Ini Rupa-rupanya Sedang Hangat Bercinta

Love is in the air nampaknya kat artis-artis Korea ni kan? Daebak!

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Isu Jual Topi Tiruan, Fariz Isqandar Ambil Iktibar – “Perniagaan Lebih Berkat, Hati Rasa Lapang”

Fariz Isqandar syukur Allah jentik hati, jauh dari tamak dalam berniaga

Filem Sun, 19 Apr 2026

Gayong 2 Hadir Dengan Kempen “Tonton & Menang” Menawarkan Baucar Petrol RM300!

Kempen “Tonton & Menang” sempena tayangan Gayong 2 kini sedang berlangsung!

Trending Tue, 1 Dec 2020
Featured Thu, 25 Sep 2025

Mengaku Khilaf, Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Pada Netizen… Ardell Aryana Siap Pujuk Minta Suami Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa memohon maaf atas kekhilafannya berkata kasar

Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

error: Content is protected !!