Featured By: Aqilah Paharuzi October 22, 2022 @ 1:47pm

Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Nama Abang Viva hangat menjadi perbualan di serata media sosial setelah muncul kontroversi yang mendakwa dirinnya berkahwin tanpa pengetahuan dan restu keluarga.

Ia ekoran sebuah hantaran yang dikongsikan oleh kakaknya, Fauziyah Omar yang kesal atas sikap adiknya itu membelakangi keluarga terutamanya ibu dan ayah.

Artikel Berkaitan: Abang Viva Didakwa Kahwin Tanpa Restu Keluarga? Luahan Hati Kakak Curi Perhatian – “Mungkin Kami Hanya Beban, Rupa Buruk & Busuk!”

Tidak berdiam diri, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tampil menjelaskan keadaan sebenar sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, dia telah memaklumkan kepada kedua-dua orang tuanya sebanyak lima kali mengenai perancangannya untuk berkahwin.

Saya minta maaf atas segala kekeliruan. Yang sebetulnya saya bukan nikah hari ini (Jumaat, 21 Oktober 2022). Saya telah bernikah pada 14 Oktober 2022. Kami berkahwin secara senyap tetapi bukan tanpa pengetahuan emak ayah seperti yang didakwa. 

“Pada 13 Oktober emak saya ada kirimkan nota ucapan Selamat Pengantin Baru. Terus terang, saya telah beritahu mereka mengenai perkahwinan saya. Pada ayah, saya dah cakap sebanyak tiga kali dan untuk emak pula lima kali mengenai saya nak berkahwin. 

“Cuma… mereka tak berkenan dengan pilihan hati saya. Itu saja masalahnya. Iya, saya bersalah sebab teruskan juga perkahwinan ini. Tapi untuk makluman saya tekankan bukan tanpa pengetahuan emak dan ayah,” jelasnya.

Perbualan WhatsApp antara Emak & Abang Viva

Bagi mengukuhkan pengakuannya itu, Abang Viva berkata dia telah menghantar gambar perkahwinan dan video akad nikah sambil berkongsi perbualan WhatsApp antaranya dan emak kepada umum.

Saya bercakap berdasarkan bukti. Ini perbualan WhatsApp antara emak dan saya. Selepas nikah, pada 15 Oktober dan 16 Oktober saya ada beritahu kami telah bernikah. 

“Dan setelah saya beri penerangan yang saya telah bernikah kepada umum. saya terus hantar gambar kahwin termasuk video akad nikah pada emak saya. Kali terakhir saya beritahu emak saya nak bernikah pada 12 Oktober malam,” katanya.

Ditendang Keluar Dari Group WhatsApp

Menjawab persoalan netizen yang mengkritik caranya menyelesaikan masalah ini, Abang Viva mendedahkan dia telah ditendang keluar dalam group WhatsApp keluarga oleh kakaknya sekitar bulan lima lalu.

Orang tanya kenapa tak bincang sesama keluarga sebaliknya guna media sosial. Saya pun tak dapat jawab tu. Kalau semua ingat pada bulan 5 atau 6 saya ada misi banjir di Baling, Kedah dan ketika itu saya ditendang keluar daripada group WhatsApp keluarga. 

“Saya dikeluarkan oleh kakak saya sendiri, itulah sebabnya saya tak tahu apa yang terjadi dalam keluarga saya. 

“Saya mohon semua pihak untuk mendoakan kami dan beri saya dan keluarga peluang untuk berbincang mengenai masalah kami secara tertutup. Terima kasih, saya minta maaf,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Mira Filzah Beri Hint Bercinta Dengan Zizan Razak

Mira juga berpendapat bahawa, beliau tidak mahu cerita yang sama mengenai dirinya dan Zizan Razak terus dikaitkan dan dijaja di dada-dada akhbar

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Cahaya Mata Fri, 9 Sep 2022
Trending Tue, 11 Jun 2019
Trending Thu, 7 Dec 2017

Ibu Bawah Umur Sorok Bayi Dalam Kabinet

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur didapati melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci sebuah rumah di Kampung Bahagian Jaya. Menurut Supritendan Martin Koo yang merupakan […]

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Terpilih Saat Akhir, Wany Hasrita, Amira Othman Berangkat Tunai Haji Esok

Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia tetapi bila berfikir semula…