Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal October 22, 2022 @ 9:07pm

Terbawa Karakter Dalam Lakonan, Selalu Dianggap Garang… Sheila Rusly Ingin Jadi Diri Sendiri

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly sering diingati dengan karakter yang dilakonkan dalam setiap drama.

Dianggap garang oleh warganet, Sheila umpama sudah lali dengan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Sheila, disebabkan karakter garang itu, ia menjadi penyebab dirinya kekal relevan dalam industri dan menganggap ia satu keunikan yang jarang ditemukan pada mana-mana selebriti lain.

“Kebanyakan program ‘engage’ saya disebabkan karakter ini.

“Because of this aura yang tak semua selebriti ada benda tu, so saya menganggap ini adalah X-Faktor saya. Bila orang nampak Sheila Rusly, orang akan cakap, alamak! takutnya nak cakap dengan dia,” katanya.

Sheila ditemui usai majlis pelancaran program realiti masakan di TV9, Dapur Tempur, baru-baru ini.

Tambah Sheila, dirinya tidak seperti disangkakan oleh netizen yang selalu menganggap dirinya mudah ‘naik hantu’ dan sering bersuara lantang.

Namun, Sheila hanyalah ikhlas dalam membawakan semua watak lakonannya, oleh sebab perwatakan itu sudah sebati dengan dirinya menyebabkan Sheila sudah terbiasa dan ingin menjadi diri sendiri dan menutup telinga dengan apa yang diperkatakan netizen di luar sana.

 

Menurut Sheila lagi, dia seorang yang sangat penyayang, namun terserah kepada netizen untuk menilai dirinya kerana apa yang penting, Sheila tahu siapa dirinya yang sebenar.

“Siapa yang kenal saya, akan tahu saya siapa sebenarnya.

“Nampak garang tapi sebenarnya hati saya besar ni je! Hati saya sangat kecil, halus. Tapi because of the character tu orang suka, so pergi mana-mana orang akan cakap just be yourself,” jelasnya lagi.

Dalam program Dapur Tempur, Sheila dipertanggungjawabkan sebagai juri utama dalam menilai keupayaan dan kemahiran setiap peserta dalam masakan yang akan disajikan nanti.

Dapur tempur bakal bersiaran selama 8 episod dan akan menemui penonton di kaca televisyen pada 3 November 2022, setiap hari Khamis di tv9 pada jam 8.30 malam dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 May 2019
Trending Mon, 9 May 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Featured Wed, 28 Jan 2026

Mira Filzah Luah Hasrat Berlakon Filem Romcom – “Suka Sangat Filem Istanbul Aku Datang”

Mira Filzah meluahkan hasrat untuk membintangi filem bergenre romantik komedi (romcom)

Featured Fri, 20 Jun 2025

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Anak Sulung Tamat Pengajian Di Kolej Tuanku Jaafar

Nora berharap agar segala ilmu yang diperolehi anaknya itu daoat dimanfaatkan untuk tujuan di dunia dan di akhirat kelak.

error: Content is protected !!