Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 26, 2022 @ 2:51pm

[VIDEO] Tular Di TikTok, Ibu Mangsa Dedah Kronologi Kes Kakak Baling P*sau Pada Adik – “Bukan Berebut Kerusi Dalam Kereta, Tapi..”

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai insiden seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bertindak membaling sebilah pisau ke adik lelakinya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia pada 19 Oktober lalu.

Susulan itu, remaja tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengakibatkan kematian tanpa niat adik lelakinya, minggu lalu.

Ekoran itu, sedutan rancangan 999 di TV3 tular di aplikasi TikTok memaparkan perbualan antara ibu mangsa yang disoal mengenai kejadian sebenar berhubung insiden menyayat hati itu.

Wanita berusia 43 tahun itu mendedahkan satu persatu kronologi secara terperinci yang terjadi antara kakaknya dan adik berusia 16 tahun di rumah mereka Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai Johor Bahru.

Difahamkan kejadian bermula akibat berlaku pertengkaran dan bertikam lidah sehingga dikatakan wujud provokasi antara kedua-dua beradik itu.

“Dalam 1 lebih, saya tengok mesej anak sulung tanya bila nak ambil. Dia dah balik. Saya terus pergi ambil kakak (suspek) dekat sekolah.

“Lepas tu saya pergi ambil nombor dua (arwah) dengan adik dia. Masa masuk tu, arwah tanya kenapa lambat ni ibu? Saya kata ‘Ibu pergi ambil kakak lah’. Lepas tu dia senyap. Bukan berebut kerusi, tapi kerusi dijatuhkan. Lepas tu dia marah, ‘Naikkan naikkan, kakak pekak ke?’ Lepas tu bergaduh mulut. Kakak dia kata ‘Lepas ni kalau abang suruh kakak tolong, kakak tak nak tolong’.

“Dia (kakak) macam dah sedih. ‘Mana ada tolong, kau ingat aku takut dengan kau?’ Dia mula macam provok. Saya pun cakap, ‘dah dah senyap, panas ni’,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, suspek dan mangsa senyap didalam kereta sehinggalah mereka tiba di perkarangan rumah si ibu memanggil anak keempat untuk menghantar ke sekolah agama.

Ketika itu keadaan masih tegang dan sehingga kakak (suspek) bertindak membaling sebilah pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika mahu masuk ke rumah.

“Kakak dah panik sangat. Kakak dia menangis ‘Ya Allah abang, maafkan kakak. Ibu maafkan kakak. Jangan benci kakak, kakak tak sengaja ni. ‘Ya Allah apa kakak dah buat ni. Ibu, nanti kakak masuk neraka sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke?’ Saya kemudian tenangkan dia, saya cakap kakak tak sengaja ni.

“Nak kata benda ni tekanan ke tak, saya rasa dia tak sengaja. Sebab pisau tu memang dah ada dekat situ. Saya nak kata dia stress ke tekanan ke, tak ada lah. Saya tak tahu lah mungkin sebab yang ada dan dia tercapai adalah pisau. Kalau dia capai buku, mungkin dia ketuk abang dengan buku ke atau baling remote ke,” jelasnya lagi.

Pendedahan kronologi ibu mangsa sekaligus menjawab pertikaian segelintir pihak yang melaporkan mereka bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta.

Memetik laporan Harian Metro, siasatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena saluran darah utama (arteri) di leher bahagian kanan.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Bin Ariffin, siasatan awal mendapati suspek tidak mengalami sebarang masalah kemurungan atau tekanan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 May 2025

Konsert GenKRU Berlangsung Sukses Selama 4 Malam! KRU & Icon Entertainment Cipta Sejarah, Catat 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBR) berjaya dirangkul KRU dan Icon Entertainment.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

‘Good Luck, Elfira’- Sufian Suhaimi

Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing.

Featured Wed, 18 Aug 2021

Dakwa Dapat Majoriti Penuh, Ismail Sabri Calon Perdana Menteri Ke-9

Berikutan keadaan politik yang melanda negara ketika ini, Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir […]

Hiburan Fri, 29 Dec 2023
Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Konsert Dekade Lebih ‘Intim’, Afgan Kongsi Kisah Peribadi Sempena 10 Tahun Dalam Industri

Afgan sempat berkongsi kisah jatuh cinta ketika di bangku sekolah dulu. Siapalah agaknya gadis bertuah itu kan?

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Hiburan Fri, 17 Nov 2023

[VIDEO] “Itu Titik Peluh Mereka” – Isu Selebriti Didakwa Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Alhamdulillahhhh, terbaik Siti Nurhaliza ambil berat soal KWSP pekerja 🥰

Events Fri, 22 Nov 2019
error: Content is protected !!