Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 2, 2022 @ 10:44pm

Suntik Elemen ‘Dance’ Dalam Irama Tradisi Malaysia, Album Joget Made In Malaysia Mahu Tarik Minat Generasi Muda

Label muzik terkenal, Luncai Emas Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah melancarkan sebuah album yang mengandungi 10 buah lagu yang mengangkat irama joget yang diberikan sentuhan moden oleh penyanyi baru dan artis muda tanah air.

Album ini menggabungkan kepakaran penggiat seni profesional, pensyarah dan pelajar muzik dan seni dari empat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama artis baru pelapis masa hadapan.

Ia bakal dipasarkan ke seluruh negara menerusi pengedaran digital bermula pertengahan November ini.

Matlamat penerbitan album ini adalah untuk memperbanyakan lagi lagu-lagu bergenre tradisi joget Melayu kepada versi baru yang lebih kontemporari, inovatif, dinamik dan menjadi sebahagian proses rejuvenasi muzik Malaysia.

Menurut Datuk M. Nasir selaku pemilik Luncai Emas, dia membuat taruhan pertama dengan memilih irama tradisi Malaysia, Joget dengan meletakkan elemen ‘dance’ pada semua rentak tradisi ini.

“Menjadi cita-cita saya agar irama tradisi Malaysia menjadi sebagai ‘Force’ dalam penciptaan muzik moden Malaysia. Maka dengan melihat kerancakan populariti muzik ‘dance’ dan ‘world beat’ saya terpanggil untuk menjadikan rentak tradisi Malaysia sebagai taruhan kerana elemen ‘dance’ yang ada pada semua rentak tradisi ini. Joget dipilih untuk taruhan pertama,” katanya.

Bukan itu sahaja, album ini juga diberi nafas baru dan lebih komersil untuk menarik minat generasi muda akan irama tradisi Malaysia.

Antara universiti yang terlibat dalam menghasilkan album ini ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang mana masing-mansing menyumbang sebuah lagu.

Manakala enam lagu lagi dinyanyikan oleh penyanyi muda muka baru yang berbakat besar seperti Jacyln Chia, Didie Shazry (UPSI), Jannati Alaudin (UMK), Lydbie, Puteri Khareeza, Azizul Hakim & Zarina Nordin (ASWARA).

Lebih meriah, dua rapper popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta turut menyanyikan lagu baru ciptaan mereka manakala dua band indie, Ramayan dan Iqbal M juga menyumbang sebuah lagu baru ciptaan mereka.

Sehubungan itu, setiap single di dalam album ini akan dipasarkan secara digital di setiap laman strim seperti Spotify, Apple Music dan juga YouTube.

Namun begitu, setiap single akan dipasarkan secara berperingkat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022
Drama Tue, 14 Feb 2023
Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Hiburan Wed, 9 May 2018

Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Laman Instagram Selebriti kali ini meriah dimana rata-rata berkongsi gambar dakwat di jari menandakan yang undi telah dibuat

Events Thu, 23 Apr 2020
Featured Fri, 8 Mar 2019

Kisah inspirasi wanita di sebalik syarikat penerbangan AirAsia. Girl Power!

Tak sangka wanita pun boleh buat pekerjaan ini.

Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Cancel Culture Tanpa Belas, ‘IDOL I’ Dedah Realiti Gelap Dunia K-Pop… Strim Di Tonton Sekarang!

IDOL I bongkar sisi gelap dunia K-pop bila seorang idola tiba-tiba jadi suspek pembunuhan dan cancel culture menghukum lebih cepat daripada keadilan.

error: Content is protected !!