Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal October 31, 2022 @ 4:30pm

Kembali Dengan Single Romantis, ‘Bahagia Milik Kita’ Notasi Indah Syamel

Penyanyi Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi dan penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma.

Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama Yuka.

“Idea di sebalik pembikinan lagu hadir dari cetusan rasa bahagia dengan adanya peneman hidup dan zuriat dalam hidup saya. Jikalau pendengar sedar, kebanyakkan lagu-lagu saya terdahulu semuanya bernada sedih dan sangat melankolik dan Bahagia Milik Kita merupakan lagu pertama saya yang mempunyai unsur cinta serta kasih sayang.

“Maksud lagu ini pula mengenai pasangan kekasih yang sudah lama berkenalan dan sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi bahagia yang merupakan kemuncak dalam perhubungan mereka iaitu alam perkahwinan. Kini, mereka telah pun bersatu kerana segala yang ingin dicapai ada di dalam genggaman, jadi berpeganglah pada janji agar apa yang dimiliki kekal sampai bila-bila,” katanya.

Menurut bapa kepada puteri comel, Nur Khawla Soleha ini, dia bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata.

“Alhamdulillah ke atas Ilahi kerana dikurniakan anak, sebagai bapa, tanggungjawab saya bertambah, dan perubahan yang paling ketara adalah dalam apa jua perancangan yang dilakukan pasti melibatkan Khawla, justeru saya senang membahagiakan anak serta isteri.

“Lagu terbaharu ini bersama-sama lagu lain yang bakal dimuatkan dalam album nanti dicipta ketika Ernie masih lagi dalam tempoh berpantang, bayangkanlah ketika itu saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan kebanyakan demo dilakukan di dalam kereta ketika dalam perjalanan sehinggalah Yuka yang menemukan lagu Bahagia Milik Kita ini,” kongsi Syamel lagi.

Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan dan telah dilancarkan dengan konsep yang minimalis ibarat sebuah lirik video yang memaparkan emosi kegembiraan yang terpancar di wajah Syamel.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 11 May 2023
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

kadang kurus, kadang gemuk…artis juga manusia biasa.

Kisah Viral Tue, 8 Apr 2025

“Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

Hasil analisis mendapati salah satu telefon yang dirampas menggunakan iCloud atas nama Ismanira, manakala telefon kedua menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.

Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

Jiwa & Hati Tenang Bila Mengenakan Tudung

Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Trending Mon, 6 Jan 2020
Events Thu, 25 Jul 2019

蔡恩雨自爆演唱会计划!想跟王力宏合作

蔡恩雨出席Vivo S1新手机大马推介自爆演唱会计划!坦言音乐作品希望有跟王力宏合作的机会~

error: Content is protected !!