Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 31, 2022 @ 7:16pm

“Kalau Boleh Saya Mahu Jadi Seperti Mereka…”- Beri Inspirasi! Neelofa Kagum Cara Didikan Ibu Bapa Ziana Zain

Usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor mengakui amat tersentuh dan kagum dengan perkongsian penyanyi popular, Ziana Zain menerusi program bual bicaranya baru-baru ini.

Menurut Neelofa, berkongsi kisah ketabahan dan kecekalan Ziana menjalani kehidupan sangat memberi inspirasi dan pengajaran kepada semua orang.

Bahkan, Neelofa mengakui mahu menjadi seperti kedua ibu bapa Ziana kerana, berjaya mendidik dan membesarkan anak mereka dengan cukup baik.

“Kalau tanya saya, selepas mendalami dan mendekati beliau (Ziana Zain), saya mahu jadi seperti ibu bapa Ziana yang berjaya membesarkan anak-anak mereka. Cara didikan mereka sangat memberi inspirasi kepada saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

Memetik laporan Media Hiburan, Neelofa memaklumkan, sebelum penggambaran bersama pelantu lagu Madah Berhelah itu, beliau turut membuat sedikit ‘home work’ mengenai Ziana.

“Ya, sebelum penggambaran dilakukan saya memang buat homework mengenai Ziana Zain,” jelasnya.

Terdahulu, pengakuan meruntun jiwa Ziana Zain mencuri perhatian pelbagai pihak selepas insiden yang berlaku sekitar 2016 lalu menyebabkan penyanyi kesayangan ramai ini berasa dirinya seperti tidak mempunyai harga diri.

Malah, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, 54, mengakui, hatinya mula menjauh sekaligus mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

“Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya.

“Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.

“Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).

“Saya hampir hilang nyawa… 50-50 bertarung nyawa untuk dia dan this is the end,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

Featured Tue, 21 Feb 2023

“Jangan Menyesal & Muhasabah Diri” – Berdepan Ujian Sebelum Dapat Yang Terbaik, Mawar Karim Kongsi Tips ‘Move On’

Belajar daripada pengalaman lepas, jangan ulangi silap yang sama – Mawar Karim

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

那英王菲低调同框疑合体为春晚录制歌曲

日前有网友在微博晒出那英王菲合唱歌曲录音完成之后的合影,据悉,两人将在央视春晚上合唱《重逢》,不少网友纷纷表示期待二人的合体。

Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

Featured Fri, 18 Jul 2025
Featured Wed, 23 Nov 2022
error: Content is protected !!