Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2022 @ 7:42pm

5 Tahun Jadi Pemandu Grab, Danny X-Factor Tak Kisah – “Semua Kerja Saya Buat, Jual Burger, Jual Minyak Masak Asal Rezeki Halal”

Pelakon dan penyanyi, Mohd Kardanie Anwa atau lebih dikenali sebagai Danny X-Factor mengakui amat terkesan sejak pandemik melanda negara.

Danny berkata, dia sudah memandu Grab sejak lima tahun yang lalu dan pekerjaan itulah yang membantunya tatkala krisis Covid-19 berlaku.

“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.

“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya.

Tambahnya lagi, tiada istilah malu dalam kamus hidupnya, memandangkan pelbagai kerja sudah dilakukan termasuklah menjual burger dan menjual minyak masak.

“Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Danny mengakui bekerja sebagai pemandu Grab amat menyeronokkan kerana selain dapat berjumpa dan berborak dengan pelbagai orang, pekerjaan ini juga menyenangkan hati.

“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab. Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” ujarnya.

 

 

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Jul 2019

6 tip kecantikan artis Korea yang pelik-pelik

Kalau berkesan, apa salahnya, kan?

Featured Tue, 6 Dec 2022
Hiburan Fri, 25 May 2018

Sherry Ibrahim Diuji Lagi

Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung)

Trending Wed, 19 Sep 2018

Sambil Menikmati Makan Malam Mewah, Boleh Berswafoto Di Atas Sayap Kapal Terbang. Wow!

Kuala Lumpur menambahkan satu lagi daya tarikannya dengan pelancaran Plane In The City, sebuah kapal terbang lama yang diubahsuai menjadi sebuah restoran eksklusif.

Trending Tue, 19 Dec 2017

PEOPLE ARE UPSET WITH THIS PICTURE OF BOOKS BEING STEPPED ON

In Asian cultures, we respect books and putting them under our feet is considered insulting.

Events Wed, 1 Jan 2020
Hiburan Tue, 9 Oct 2018

黎瑞恩郑嘉颖「携手」1208来马开唱

90年代香港著名女歌手黎瑞恩和视帝郑嘉颖,将于12月8日携手来马开唱!

error: Content is protected !!