Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 25, 2019 @ 10:00am

6 tip kecantikan artis Korea yang pelik-pelik

Selebriti Korea, tidak kiralah lelaki atau perempuan, memang terkenal dengan rupa paras yang sempurna. Bukan saja kulit mereka berseri-seri dan bebas daripada cela, malah solekan yang dikenakan rias pada wajah tampak semula jadi.

Penampilan yang sinonim dengan industri kecantikan Korea itu turut menjadi kegilaan  dan ikutan peminat K-Pop dan K-Drama di seluruh dunia.

Selain popular dengan industri hiburan dan barangan elektrik, kini Korea Selatan turut mencipta nama sebagai negara pengeluar pelbagai jenama barangan kecantikan.

Tidak hairanlah setiap jenama produk kecantikan atau kosmetik keluaran negara itu mendapat sambutan hebat, namun sesetengah artis di negara itu dikatakan tetap sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan rupa paras yang betul-betul sempurna.

Ini termasuklah mengamalkan tip kecantikan yang luar biasa dan pelik, seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Mungkin bagi sesetengah selebriti Korea Selatan, tidak kira sejauh mana unik atau pelik panduan yang diamalkan, jika berkesan, apa salahnya!

Rocky dan Sanha daripada kumpulan Astro

Foto: Pinterest / Fanpop

Rocky berkata, rahsia kecantikannya adalah kerap membilas buih pembersih muka dengan cecair pencuci kanta lekap!

Cara ini telah dikongsikan oleh ibunya yang merupakan sumber nasihat kecantikannya.

Cara itu mungkin mujarab bagi Rocky, tetapi sebaik-baiknya peminat tidak digalakkan menirunya kerana cecair pencuci berkenaan mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh meradangkan kulit. Bahaya!

Sanha pula memilih untuk membersihkan muka dengan campuran air dan cuka. Cuka sedikit berasid dan boleh meninggalkan kesan bau yang kuat pada kulit, jadi anda patut berhati-hati.

Jun Jihyun

Foto: Kholic.id

Pelakon My Love From The Star ini menghasilkan pupur mukanya sendiri dengan menggunakan cecair penyegar, jus lemon dan wain.

Beliau mencampurkan ketiga-tiga cecair ini dan merendam kertas tisu keras ke dalamnya. Kemudian tisu ini diletakkan ke atas mukanya seperti sekeping pupur buatan sendiri (DIY mask).

Produk berasid ini boleh membuatkan kulit menjadi radang terutama kulit yang sensitif, jadi fikir dahulu sebelum meniru panduan kecantikan ini.

JooE daripada kumpulan Momoland

Foto: WowKeren.com

Bagi penyanyi K-Pop ini, teknik melukis bentuk (contouring) pada bahagian hidung adalah satu langkah yang penting bagi rutin kecantikannya.

Bagi tujuan itu, beliau mempunyai sejenis alat khas untuk mendapatkan rupa penampilan yang menarik, iaitu sebatang garfu!

Beliau menggunakan ruang di antara pencucuk garfu itu sebagai panduan bagi berusnya supaya ia betul-betul lurus.

Anda mungkin perlu berlatih, tetapi hati-hati! Jangan sampai tercucuk pula mata anda.

Jisook daripada kumpulan Rainbow

Foto: mydaily

Penyanyi kecil molek ini mempunyai cara yang unik untuk meratakan bedak asasnya. Jika beliau terlupa membawa spatula solekannya, beliau gemar menggunakan pisau plastik sebagai pengganti.

Katanya, pisau berkenaan meratakan formula bedak asas dalam lapisan yang sangat nipis. Ia mencegah formula berkenaan daripada menjadi terlalu tebal di atas kulit.

Jika anda hendak meniru teknik ini, pastikan anda menggunakan bahagian belakang pisau itu, ya! Bukan yang tajam!

Hyelin daripada kumpulan EXID

Foto: Banana Culture

Gadis comel ini bertuah kerana dikurniakan kulit yang sihat sejak lahir. Jadi satu-satunya teknik penjagaan kulit yang beliau amalkan adalah dengan menyapu krim Vaseline biasa pada kulit muka apabila ia kekeringan pada musim sejuk.

Jika anda bertuah seperti Hyelin, bolehlah mencuba panduan ini, tetapi Vaseline boleh menyekat liang pori bagi sesetengah orang, jadi hati-hati!

Song Hye Kyo

Foto: POPBELA.com

Anda tidak akan menyangka yang beliau sebenarnya berumur 37 tahun! Sebelum ini, beliau sudah menjadi duta bagi beberapa jenama kecantikan seperti Sulwhasoo dan Laneige. Mestilah kulitnya sempurna!

Rahsia kecantikannya adalah beliau ada kalanya menggunakan susu sebagai pencuci muka. Enzim dalam susu boleh mencairkan sel kulit mati dan menyerlahkan kulit yang lebih berseri, sama seperti kulit Hye Kyo!

Panduan yang mana yang anda ingin cuba?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Sep 2021
Events Wed, 29 Jun 2022
Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Featured Thu, 24 Apr 2025

“Jangan Ajar Aku Tentang Sabar, Kamu Tahu Rasanya Dib*nuh Tapi Tak Mat*”- Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi seakan meluahkan perasaan susulan isu kontroversi rumah tangganya.

Featured Tue, 21 Aug 2018

Menjuarai Ratu Cantik Remaja Dunia, Kate Grant Buat Golongan Sindrom Down Bangga!

Kate Grant peserta sindrom down pertama yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Remaja Dunia yang diadakan di Portadown.

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Wed, 19 Apr 2023

Akui Takut Untuk Berkahwin, Riena Diana Titip Pesanan Padu Pada Penyondol! – “Tak Boleh Banyak Mulut, Jangan Harap Layanan Sama Dengan Madu”

Min setuju dengan Riena. Buat penyondolss di luar sana, dengar ni pesanan makan dalam Lailerrrr 🤪🤪

Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

error: Content is protected !!