Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 1, 2022 @ 5:13pm

“Bila Masa Saya Gila Bayang?” – Adam Shahz Tidak Cemburu Fatin Afeefa Bakal Kahwin Lagi

Pelakon Adam Shahz menafikan rasa cemburu apabila dikhabarkan bekas isteri iaitu Fatin Afeefa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Memetik laporan Utusan, Adam tidak lagi ambil peduli soal kehidupan peribadi bekas isterinya kerana sudah membawa haluan sendiri.

“Bila masa pula saya gila bayang? Saya langsung tidak kisah memandangkan masih mampu bekerja untuk mencari rezeki.

“Dia ada mesej cara baik, baru-baru ini untuk minta sijil cerai. Saya permudahkan urusan dia.

“Selama ini, ada saja yang tidak kena antara kami. Bahagian mana yang saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, lagipun kami sudah lima tahun bercerai.

“Sekarang ini, saya hanya fikirkan mengenai anak, tidak perlu perkara seperti ini dijadikan isu. Itu rezeki masing-masing. Jika Allah takdirkan dia hidup senang, itu rezeki bekas isteri,” katanya.

Menurut pelakon Juvana ini, dia tidak ada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isteri sekiranya dijemput.

“Sebelum ini, saya pernah cakap, tiada apa-apa isu. Jika dia mahu kahwin, kahwinlah. Demi Allah! Orang ramai kata saya ‘meroyan’ sebab dia mahu mendirikan rumah tangga.

“Kalau dia jemput, saya datang. Apapun yang terjadi, dia tetap emak kepada anak saya. Saya senang saja, jangan merumitkan,” katanya.

Sejak kemelut yang berlaku antara mereka, dia mendakwa sukar untuk bertemu anaknya, Ivy Herra Sophia.

Susulan perkara itu, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah namun enggan mendedahkan butiran mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 tetapi telah bercerai pada 30 Mei 2017.

Terbaharu, Fatin Afeefa mengumumkan telah membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kerana enggan dikecam sehingga menjejaskan emosi anak-anaknya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 28 Aug 2023

Tak Masuk Konti Radio, KJ Didakwa Ada Konflik Dengan AG?

Alamak konflik apa tu? Harap boleh selesai dengan cara baik

Trending Fri, 5 Oct 2018
Featured Mon, 9 Jan 2023
Trending Wed, 21 Mar 2018

Long Travel Distance Between Work and Home Will Literally Kill You

Studies have proven that travelling for too long on a daily basis can actually kill you!

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
error: Content is protected !!