Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 1, 2022 @ 6:42pm

Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

Penerbit sensasi, Datuk A Aida dan pelakon Idris Khan bersetuju untuk selesaikan kes saman yang difailkan oleh penerbit tersebut di luar mahkamah.

Memetik laporan Kosmo, keputusan tersebut dibuat selepas A Aida menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam prosiding berkenaan, peguam yang mewakili Idris selaku defendan kedua iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Permohonan yang dibuat dihadapan Hakim Zulqarnain Hassan turut dipersetujui oleh pihak A Aida.

Susulan kes berkenaan mendapat kata sepakat kedua-dua pihak, Zulqarnain kemudian membenarkan ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik tanpa sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Namun, mahkamah turut memerintahkan pelakon drama Tuan Danial itu membayar RM3,780 kepada plaintif sebelum penghujung November 2022 selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap A Aida.

Dalam prosiding di mahkamah sama juga, defendan pertama, iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Terbaharu, Idris telah mengeluarkan kenyataan bagi kes tersebut dalam Instagram miliknya.

“Setelah perbincangan antara peguam saya dan peguam A Aida, pihak telah mencapai satu persetujuan di luar mahkamah di mana A Aida menarik balik kesemua writ dan tuntutan ke atas saya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dengan syarat saya tidak memulakan tuntutan saman ke atas beliau, termasuk tuntutan saman malu ke atas beliau.

“Saya perlu memberikan balik wang pendahuluan sahaja ke beliau dan tidak ada apa-apa pengakuan dari pihak beliau mahupun pihak saya ke atas liabiliti di dalam kes ini.

“Pihak-pihak telah bersetuju dan mencapai kata sepakat pada hari ini.

“Ini bagi saya satu pengadilan yang adil dan saksama ke atas diri saya di mana pihak-pihak tidak perlu memanjangkan proses ini.

“Malahan, status quo saya di dalam kes ini tidak disekat. Keputusan ini dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh dengan pihak peguam saya Jason Wee dan pihak A Aida,” tulisnya.

Terdahulu, A Aida memfailkan saman terhadap Idris dan Amelia kerana didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: Idris Khan & Amelia Henderson Ke Mahkamah November Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Feb 2021

126,000 Penerima Vaksin Disuntik Sehari Bermula 26 Februari

Menerusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang bermula 26 Februari ini, 126,000 rakyat negara ini dijangka disuntik vaksin COVID-19 sehari. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata seramai tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan […]

Featured Tue, 7 Feb 2023
Events Wed, 3 Jul 2019

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Fri, 8 Aug 2025

Sherry Alhadad Menangis, Pernah Lalui Fasa Sukar Turunkan Berat Badan

Sherry Alhadad mengaku pernah melalui fasa sukar dalam usaha menurunkan berat badannya.

Featured Wed, 17 Mar 2021
Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

error: Content is protected !!