Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 7, 2022 @ 5:14pm

Individu Komen Badan Uyaina Arshad Berisi Lepas Bersalin, Mona Allen Pertahankan – “Komen Jenis Apa Ni?”

Pengacara Uyaina Arshad mengakui sedih kerana sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story melalui Ask Me Question, seorang individu mengatakan dirinya semakin berisi selepas bersalin.

“Lepas bersalin ni badan makin berisi..maaf ye Uyaina,” kata individu berkenaan.

Menurut Uyaina, dia bersetuju dengan kenyataan individu itu dan sedang berusaha keras untuk menurunkan berat badan.

“Sedihnya, ini memang betul. Lepas bersalin, bila tengok perut dekat cermin, rasa macam tengah mengandung 4 bulan. Sebab perut buncit (sangat) selepas bersalin.

“Sekarang Yana dah 2 bulan lepas bersalin. Sukar juga nak turunkan berat badan. Nak kecikkan inci badan balik. Walaupun jaga makan,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga perlu berhati-hati kerana sewaktu bersalin anak sulung dia menggunakan kaedah c-section.

“Tapi, perlahan-lahan. Lebih-lebih lagi sebab Yana c-sec. Beza dengan lahir normal. Tapi tak apa. Perlahan tapi membuahkan hasil,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, pelakon Mona Allen turut meluahkan rasa marah dengan kenyataan individu tersebut.

“Komen jenis apa ni??! Baru bersalin, you expect magic terus kurus??? Lepastu belakang tulis maaf,” katanya di Instagram Story miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jan 2020
Trending Thu, 21 Feb 2019

人因自信而美丽!时尚达人系列中的身障芭比娃娃

人因自信而美丽!今年 6 月,芭比娃娃将推出坐着轮椅以及有着可拆卸义肢的芭比娃娃,作为芭比时尚达人系列的一部份。

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Trending Mon, 29 May 2023
Trending Sat, 17 Aug 2019

‘Tips’ Guna Cerek Hotel Rendam Dan Cuci Seluar Dalam

Jadi bila menginap di hotel kena lebih berhati-hati. Cuci dulu cerek sebelum guna atau jangan gunakan langsung

Featured Wed, 23 Feb 2022
Trending Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Tular Di Instagram, Wanita Ini Kongsi Kisah Bantu Suami Isteri Dibuang Keluarga

Terbaru, tular di Instagram apabila seorang pemilik Instagram yang dikenali dengan nama Massiew berkongsi kisah sedih bagaimana dia membantu pasangan suami isteri daif yang dibuang keluarga.

Hiburan Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!