Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 7, 2022 @ 7:35pm

Dr MAZA Jelaskan Mengapa Calon Wanita Dalam Tempoh Edah Tak Boleh Keluar Berkempen – “Ini Adalah Titah Perintah Al-Quran & Al-Sunnah”

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan bahawa calon wanita dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang dalam tempoh edah susulan kematian suami, tidak boleh keluar untuk berkempen.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau menjawab persoalan itu daripada wartawan dan orangramai yang bertanya berhubung dengan calon wanita dalam Pilihanraya Umum ke-15 di Negeri Perlis yang masih dalam ‘iddah (edah) kematian suami.

“Seseorang calon wanita dalam edah kematian tidak boleh keluar bait al-zaujiyyah (rumah kehidupan suami isteri) atau rumah yang dia menetap dalam tempoh edah jika tiada rumah perkahwinan untuk berkempen pilihanraya. Dia tidak boleh keluar daripadanya tanpa keperluan dalam meneruskan kehidupannya.

“Keluar untuk kempen pilihan raya bukan keperluan hidup, yang mana jika dia tidak keluar maka hidupnya terjejas dan hidup seseorang tidak bergantung kepada hal itu, kerana jika dia tidak menyertai berkempen pilihan raya pun tidak menjejaskan keperluan asas hidupnya.

“Orang lain juga tidak mendapat kesusahan kerana ketidakhadirannya berkempen,” tulisnya.

Mohd Asri berkata, wanita yang kematian suami, wajib berada dalam edah selama empat bulan 10 hari.

“Wanita yang kematian suami, wajib berada dalam edah selama 4 bulan 10 hari. Ini adalah titah perintah al-Quran dan al-Sunnah. Hanya tempoh itu boleh disingkatkan jika beliau mengandung dan melahirkan anak sebelum tempoh tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Asri juga mengingatkan bahawa terdapat juga larangan bersolek dan berhias yang disebutkan Rasulullah S.A.W biarpun seseorang calon wanita dalam edah kematian tetap boleh berkempen di rumahnya samada melalui orang yang hadir atau melalui media baharu.

“Pun begitu seseorang calon wanita dalam edah kematian tetap boleh berkempen di rumahnya samada melalui orang yang hadir atau melalui media baharu dengan pelbagai teknologi yang ada.

“Dalam masa yang sama dia perlu ingat tentang larangan bersolek dan berhias yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka kemunculannya dalam sosial media atau di talian atau siaran langsung hendaklah mengambil kira hal tersebut,” tegasnya.

Tambah Mohd Asri, beliau juga mengesahkan calon wanita tersebut ada menghubunginya bagi memaklumkan kondisinya dan akan mematuhi hukum syarak berkaitan.

“Adapun calon wanita di Perlis berkenaan telah pun menghubungi saya. Beliau memaklumkan kepada saya yang beliau akan mematuhi hukum hakam syarak berkaitan. Alhamdulillah, harapnya benar-benar sedemikian,” tutupnya.

Terdahulu, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan menjadi bualan apabila beliau masih lagi berada dalam tempoh edah berikutan kematian suaminya pada Ogos lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Langgar Dua Perjanjian Kontrak, Anak Shiela Rusly Failkan Tuntutan RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok

Syarikat Wak Doyok gagal bayar tuntutan lebih RM800 ribu, Uzair fail saman

Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Thu, 20 Jul 2023
Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

error: Content is protected !!