Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 8, 2022 @ 5:23pm

Akui Suami Pelengkap Hidup, Isteri PU Abu ‘Throwback’ Momen 5 Tahun Cari Rezeki Bersama – “Ada Masa Bergaduh Tapi Tetap Dia Dicari”

Sebelum ini, PU Abu memuat naik sebuah hantaran mengenai pengorbanan isteri pertamanya, Ain Afini walaupun rumah tangga mereka pernah dilanda ujian dalam masa sama mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Terbaru, isteri pertama PU Abu, Ain Afini pula memuat naik hantaran di Instagramnya berbentuk luahan hati yang menyatakan bahawa PU Abu antara individu yang berada disampingnya selama lima tahun bersama dan tidak menafikan yang mereka juga berdepan dengan perbezaan pendapat dan pergaduhan.

“Tulang belakang 5 tahun. Di antara masa akan ada yang digaduhkan dan bercanggah pendapat. Tapi akhirnya tetap dia yang dicari @abuadamofficial_.

“Throwback moment mencari rezeki bersama. Susah, berkira-kira tapi tetap tak berhenti usaha,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Ain dilihat berkongsi detik indah bersama suaminya itu.

Bukan itu sahaja, Ain juga sempat memberi pandangannya mengenai kejayaan hidup.

“Kesilapan paling besar seseorang adalah merasakan hidup ini satu pertandingan. Sedangkan kejayaan paling bermakna pula apabila kita menikmati perjalanan yang Allah dah tulis untuk kita. Bagaiman kita pandang sesuatu menentukan segalanya.

“Kebahagiaan atau kejayaan yang kita lihat pada orang lain adalah ujian untuknya, kekurangan yang kita rasa ada pada hidup kita juga adalah ujian untuk diri kita. Yang sebenarnya kita perlu embrace the journey, have faith in whatever that has been written for you,” luahnya.

Malah, Ain tidak menafikan bahawa jalan untuk berjaya itu tidak mudah tetapi perlu memastikan yang ingin dicapai jelas.

“Jalan kita mungkin tidak mudah tetapi pastikan matlamat kita semkain jelas, hanya untuk mendapatkan bahagia yang kekal abadi mengikut apa yang Dia reda,” kongsinya lagi.

Beberapa hari lepas, gempar mengenai isteri kedua PU Abu, Hana Azra yang mendakwa PU Abu masih menganggunya.

Namun, PU Abu masih mengunci mulut mengenai status perkahwinan mereka kerana masih dalam proses mahkamah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

Featured Thu, 6 Apr 2023

Isteri Lan Solo Dedah Suami Pernah Terima Payment ‘Ghaib’ – “Janji Lepas Show, Sekali Dapat Cek Tendang!”

Asam garam dalam dunia hiburan? Hmmm.. Dari 2011 katanya tak dapat payment 😣😣

Hiburan Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Warganet Dakwa Daiyan Trisha Promote Jenama Sokong Isra*l… Peminat Luah Rasa Kecewa

bersangka baik jelaa, mungkin tu job dia yang perlu diselesaikan….

Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024
Featured Sat, 25 Oct 2025

“Baru Kahwin Semua Indah Tapi Pahit Manis Adalah Perjalanan Hidup” – Amira Othman Mohon Doa Yang Baik Buat Rumah Tangga

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengaku berasa serba salah setiap kali diminta untuk berkongsi kehidupannya selepas bergelar isteri kepada aktor, Fattah Amin.

Featured Thu, 23 Sep 2021
error: Content is protected !!