Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 10, 2019 @ 4:42pm

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Pelakon Iqram Dinzly sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila videonya menari lagu Peristiwa Subuh nyanyian Raihan mula tular.

Video berdurasi 15 minit itu memperlihatkan Iqram menari seperti penari balet yang mana dia mengenakan warna putih dan selendang hitam yang menutup kepala.

Memetik laporan Harian Metro, Iqram terkilan apabila video itu menjadi viral sedangkan banyak lagi video yang berfaedah yang pernah dikeluarkannya.

“Kenapa tularkan 15 saat terakhir saja? Ada banyak lagi perkara bermanfaat dalam video saya yang berdurasi lebih satu jam itu. Kenapa tak tularkan sekali?” soalnya.

Akui Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin dia kecewa dengan sikap segelintir warganet kerana sengaja mencetuskan kontroversi.

“Dari awal video itu ada banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat. Selama lebih sejam saya buat ‘live’, 15 saat terakhir itu juga diambil. Nampak sangat memang sengaja nak fitnah saya.

“Saya lakukannya kerana nak hiburkan sahabat di Bigo Live. Kenapa nak pandang yang buruk saja? Ini jelas menunjukkan, orang kita memang suka tularkan yang buruk saja,” katanya.

Dalam masa sama, Iqram berkata, segala tohmahan yang dilemparkan daripada video yang tular itu tetap tidak melemahkan dirinya.

“Saya kenal diri saya, tahu apa yang saya buat dan berlaku. Orang nak cakap apa sekalipun, cakaplah.

“Apa yang pasti, saya tak pernah nak kacau hidup orang lain. Yang masih tak boleh terima cara saya, lantaklah,” katanya.

Selain Bigo Live, Iqram juga berkongsi dia kini aktif di Facebook bagi program secara langsung terbitannya sendiri iaitu Borak Tepi Kain yang turut menampilkan seorang tetamu jemputan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

TECH Thu, 6 Dec 2018
familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

Drama Mon, 16 Jan 2023
Contest Wed, 27 Nov 2019

5 Fakta Menarik Kenapa Korang Patut Join Misi Ejen Ali Rush!

Jom sihat bersama Ejen Ali – Misi Ejen Rush

error: Content is protected !!