Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 9, 2022 @ 4:37pm

Susulan Isu Doktor Lelaki Sambut Bersalin, Dr Say Shazril Pula Tampil Buka Mulut Beri Respons Padu!

Susulan tular isu mengenai seorang ustazah melabel golongan suami ‘dayus’ kerana membenarkan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki, pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril pula tampil bersuara.

Menerusi hantaran Instagramnya, Dr Say menyatakan bahawa tidak semua orang mampu untuk membawa isteri bersalin di hospital swasta memandangkan kos sara hidup yang tinggi dan tidak perlu semudah itu untuk melabel golongan suami sebagai ‘dayus’.

“Saya faham apa yang ustazah cuba sampaikan tapi tak semua orang ada kemampuan nak bawak isteri bersalin hospital swasta. Nak suruh para suami kumpul dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung tu, dah kalau sebelum mengandung kais pagi makan pagi dah acano?

“Cost of living sekarang pun tak murah ustazah ui. Kalau ada kemampuan dan peluang untuk pilih doktor wanita silakan tapi janganlah sewenang-wenangnya label semua suami yang tak mampu sediakan doktor wanita untuk isterinya bersalin ‘dayus’,” ujar Say.

Malah, Dr Say turut menegaskan yang para doktor hanya berniat untuk memastikan keselamatan ibu dan anak sahaja tidak lebih daripada itu.

Katanya lagi, dakwaan Ustazah Afifah itu akan menyebabkan para suami takut untuk membawa para isteri bersalin dengan doktor lelaki.

Lebih parah, andai berlaku kecemasan doktor lelaki tidak dapat untuk membantu kerana tiada latihan dan kepakaran.

“Dari pihak para doktor pula, niat kami dua sahaja yakni memastikan keselamatan nyawa ibu dan anak tersebut. Nothing more, nothing less. Kalau ustazah buat macam ni & semua suami takut nak bawak isteri bersalin dengan doktor lelaki.

“Dan kami doktor lelaki tak tahu macam mana nak sambut anak akibat tiada latihan & lepas tu keadaan darurat contoh dalam kapal terbang, jangan salahkan kami kalau kami cakap “sorry saya tak tahu macam mana nak sambut baby sebab tiada latihan, call ustazah Afifah boleh?,” katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Say turut mempersoalkan mengenai aurat wanita sesama wanita.

“Dan correct me if im wrong sebab saya hanyalah suami dayus yang membenarkan doktor lelaki sambut 2 anak lelaki saya, bukankah aurat wanita Islam sesama wanita Islam dari pusat hingga ke lutut? Jadi tidakkan sama ‘dosanya’ kalau doktor wanita sambut baby tu? Ke ada discount dosa 50% yang takde siapa share link kat saya?” seloroh Dr Say.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Artikel berkaitan: [VIDEO] “Begitu Murahnya Maruah Kamu Di Mata Suami” – Isu Bersalin Guna Doktor Lelaki, Ustaz Pula Bagi Pandangan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] UAI Jawab Isu Suami Digelar Dayus Gara-Gara Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin – “Berkaitan Nyawa, Hukumnya Harus!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

PU Riz ‘Anak Emak’ ke?

Emak segalanya bagi saya.

Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Featured Wed, 4 Dec 2024

Aedy Ashraf Bangga Dapat Bawa Dialek Kelantan – “Tiba Masanya Cerita Pada Malaysia Tentang Asal Usul Saya”

walaupun lahir di Kelantan dan membesar dibanyak tempat, itu tidak menjadi masalah untuknya bertutur dalam loghat tersebut.

Hiburan Wed, 10 May 2023
Featured Wed, 25 Jan 2023
Trending Mon, 27 Jul 2020
Featured Sat, 18 Apr 2020

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Seorang pesakit mampu jadi punca ratusan jangkitan

Featured Sat, 10 Dec 2022

Akibat Ingin Sambung Belajar Ke Peringkat Sarjana, Farisha Iris Digelar ‘Andartu’

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris pernah berhasrat ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan tidak mengambil remeh mengenai pendidikan biarpun memilih menjadi anak seni. Artikel Berkaitan: Bergelar Anak Seni Tak Jadi Penghalang Farisha Iris […]

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Syafinaz Kongsi Penyanyi Tanah Air Ada Kualiti Natural Dalam Vokal

Fuhhhh, penyanyi hebat hebat semua 🤩🤩 Cayalahhhh

error: Content is protected !!