Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 9, 2022 @ 7:55pm

Ibu Wafariena Kesal Dengan Sikap Iqbal Zulkefli – “Saya Ada Di Lokasi Penggambaran Itu & Iqbal Yang Minta Bergambar…”

Terbaharu, ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba membabitkan anaknya dalam gosip cinta sehingga mendatangkan publisiti murahan di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Suzana mendedahkan pada hari kejadian, dia berada di set penggambaran bersama-sama anaknya itu dan mengatakan Iqbal sendiri yang ingin bergambar dengan anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.

“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?” katanya.

Menurut ibu kepada pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra itu, dia mengharapkan tiada cerita cinta yang berkait dengan puterinya hanya kerana disebabkan oleh publisiti.

Tambahnya, dia tidak mahu nama anaknya itu dikaitkan dengan mana-mana gosip dan spekulasi liar yang tidak benar.

“Sudahlah ada masalah yang belum diselesaikan lagi. Jadi, janganlah menambah dengan cerita lain seperti gosip cinta itu hanya disebabkan ingin publisiti. Saya tak mahu dan kurang selesa apabila nama Wafa cuba dikaitkan.

“Saya harap dengan penjelasan ini, Wafa tidak akan terkait dengan spekulasi liar yang tidak benar. Saya tidak mahu Wafa disalah anggap dengan cerita tidak betul yang cuba diwujudkan,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Wowww bukan calang-calang ek Husband Mizz Nina 🤩🤩 Sangat serasi dan saling melengkapi

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

ArYanti Mahu Jadi JLO Malaysia?

Korang dah dengar lagu Nak Apa Lagi ke belum?

Hiburan Sun, 15 Dec 2019

Hafreez Adam Akhirnya Jawab Spekulasi, Putus Tunang Bulan Lalu…

Kalau dah jodoh, tidak ke mana…doakan lah yang baik-baik untuk mereka.

Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan