Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 14, 2022 @ 12:43pm

Polis Buka Kertas Siasatan Kejadian Wanita Bermain Flying Fox Sambil Pegang Anak

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu.

Terkini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Suffian Abdullah mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.

“Pada 13 November 2022 Balai Polis Kuala Kubu Bharu telah menerima laporan polis berhubung video tular di platform media sosial memaparkan seorang wanita menjalankan aktiviti lasak yang merbahaya iaitu aktivit flying fox sambil memegang anak kecil dengan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya yang berlaku di Kuala Kubu Bharu.

“Polis Hulu Selangor telah membuka satu kertas siasatan yang disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 bagi menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat,” kata Suffian.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu tular tersebut.

“Sementara itu phak polis meminta agar ahli masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular.

“Masyarakat diseru untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular atau meghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223,” tutupnya.

Terdahulu, XTRA telah membuat satu hantaran video di TikTok @XTRA_MY yang bertajuk ‘Jangan Terlalu Mengejar Keseronokan Sangat’ – Netizen Luah Rasa Risau Bawa Budak Naik Flying Fox telah memaparkan seorang wanita memegang anak sambil bermain flying fox.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Kelab Peminat Fattah Amin Dah Bubar?

Selepas lima tahun kelab peminat Fattah Amin bergerak aktif, akhirnya mereka sepakat untuk membubarkannya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran kan? Buat Fattah, sabar ya. Ada atau tanpa kelab peminat, kami percaya masih ramai yang menyokong karier seni Fattah. Good Luck, BamTah!

Gaya Hidup Mon, 15 May 2023

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Featured Wed, 11 Jan 2023

Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Jatuh cinta pada Ira Kazar atau berkahwin kerana berkemampuan? 🤔 ‘Saya berserah, yang penting bersyukur dah sah’ – SY

Featured Thu, 20 May 2021

“Janganlah Penjarakan…” – Mawar Rashid Luah Rasa Simpati Terhadap Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan tidak serik melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa membuatkan […]

Trending Sun, 13 May 2018

Dulu Jutawan Mewah Sekarang Tinggal Di Pondok Tanpa Elektrik

Dulu Seorang Jutawan, Kini Lelaki Ini Tinggal Di Pulau Terpencil Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik

Featured Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!