Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 15, 2022 @ 4:21pm

Video Prank ‘Bocor’ Sampai Viral Raih Lebih 830,000 Tontonan, Wanita Ini Disangka Hantu Putih Melepak Gara-Gara…

Pempengaruh, Izubiela Zaffmarekan tidak menyangka video eksperimen sosial yang dirakamkan ‘bocor’ sebelum dikongsi kepada pengikut di laman sosial miliknya.

Usahawan yang kini bergelar penyanyi itu mendedahkan, video berbentuk eksperimen sosial gurauan (prank) tersebut telah dikongsikan oleh mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok popular sehingga tular dan meraih lebih 830,000 tontonan.

“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.

“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.

“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.

@izubiela Replying to @KakDya – CEO of korang2 kejap! Alamak! Bella xsangka video prank / social experiment ni boleh viral kat TT @KakDya – CEO of korang2 kejap! Dulu sebelum Bella Keluarkan! Huhu . Amboi kemain lagi ada yang panggil Bella hantu putih melepak la, bunian , biasa dia! Nampak putih cerah walau Dalam Gelap sbb PUTIH GEBU IZUBIELA la uols, hehe! Jom layan video Penuh #izubiela #izubielazaffmarekan #barbiedollmalaysia #barbie #putihgebudbella #putihgebu #susuk1juta #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #random #izubielabooster #whiteningboosterizubiela #biasadia #FYP #makaylamarekan #coversong #feedbackizubielawhiteningbooster #izubielacoverlagu ♬ original sound – izubielazaffmarekan

 

Tidak menyangka video lain yang menjadi tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini menerima pelbagai komen warganet.

“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi. Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi,” jelasnya.

@dyamohamad90 aku cari ko amirul sampai ke lubang cacing!!! @izubielazaffmarekan mintak maaf🙏🏼🙏🏼 jangan saman saya #misteri #mistik #jomBelajar #LearnOnTiktok #tiktokGuru #seram #mistik #misteri ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

 

Sementara itu, Izubiela juga terkejut apabila nyanyiannya turut meraih perhatian Youtuber antarabangsa terkenal, Nephi Acaling baru-baru ini.

 

Menurutnya, walaupun masih baharu dalam bidang nyanyian namun dia terharu apabila kebolehannya menyanyi turut dipuji Nephi.

“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.

“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.

“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Di Sebalik Kejayaan Hening Rindu… Rupanya Ikhwan Fatanna Beri 100% Kepercayaan Kepada Marsha Milan

Gabungan mantap Marsha Milan, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menghasilkan Hening Rindu.

Trending Mon, 25 Jan 2021
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kalau Unlock, Saya Tolong Lock Kan! I Have Enough Problem I Don’t Need Another One” – Fatin Afeefa Tak Tahu ‘Password’ Telefon Suami 

Fatin Afeefa mendedahkan dirinya memilih untuk tidak mengetahui kata kunci telefon pintar suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Trending Mon, 25 Apr 2022
error: Content is protected !!