Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 15, 2022 @ 9:10pm

“Dia Selalu Pukul Muka Sendiri” – Anak Pernah Alami Trauma Sejak Bayi, Lufya Syukur Keluarga Ada Ketika Susah Senang

Nama pelakon Lufya Omar kini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila berbalas kenyataan dengan bekas suami mengenai isu nafkah anak.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] “Allah Akan Tunjuk! Doakan Saya & Anak…”- Lufya Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana

Terbaru, Lufya memuat naik sebuah hantaran berkapsyen panjang mendedahkan bahawa puteri tunggalnya, Laana Haura pernah mengalami trauma sehingga bertindak memukul mukanya sendiri semasa masih bayi.

Namun, berkat usahanya dan ahli keluarga lain menjaga dan mendapatkan rawatan untuk Haura, dia kini menjadi anak yang kuat dan positif.

“Haura sudah ada enam emak. Saya, mama dan empat adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi.

“Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama. Kakak tak pernah cakp ni.

“Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain.

“Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka), speech delay dan hyperactive. Sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong.

“Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawak pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Fya tak pernah share ni sebenarnya walaupun kita ini ibu tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga,” tulis Lufya.

Artikel Berkaitan:“Saya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamah” – Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai untuk memberikan sokongan kepada mana-mana individu yang mengalami nasib yang sama sepertinya.

“Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka.

“Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan ‘bangkit’ lebih baik dari yang lalu,” katanya.

Bukan itu sahaja, Lufya turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memberi kata-kata positif kepada mereka yang berdepan perceraian untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

“Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yang mengalami penceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga.

“Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting. Jika tidak dibantu, itulah yang berlaku sampai ibu buang anak, kes bunuh anak dan kejadian yang mengerikan berlaku. Kita tak nak tengok masyarakat kita begini kan?

“Berikanlah sokongan kepada ibu-ibu ini untuk bangkit meneruskan kehidupan, mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan,” luahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

Artikel Berkaitan:2 Tahun Tunggu Tuntutan Hak Anak Selesai, Lufya Omar Dedah Dianiaya Peguam & Bekas Suami Culas Beri Nafkah! – “RM300-RM500 Tak Relevan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 20 Jun 2019

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Teknik mudah, tetapi berkesan!

Featured Mon, 27 May 2019
Hiburan Sun, 3 Mar 2019

‘Henti Bandingkan Dengan Neelofa’- Hawa Rizwana Mula Rimas?

Ada yang cakap Hawa try so hard nak jadi macam Neelofa?

Featured Mon, 8 Sep 2025
Featured Thu, 11 Aug 2022
Trending Tue, 24 Mar 2020

Masih Belum Jalani Ujian Covid-19, 3800 Jemaah Tabligh Bakal Diburu!

Tolonglah jangan degil dan ambil mudah isu Covid-19 ni okay!

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

钟镇涛携二女开唱!与歌迷共渡平安夜

钟镇涛携二女到云顶开唱!与歌迷重温岁月经典,度过激情既温暖的平安夜。

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
error: Content is protected !!