Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 15, 2022 @ 1:25pm

[VIDEO] “Allah Akan Tunjuk! Doakan Saya & Anak…”- Lufya Beri Kenyataan Balas Isu Fitnah Bekas Suami & Julia Farhana

Isu rumah tangga Lufya Omar masih hangat dibincangkan dalam kalangan warganet selepas bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz bersama tunangnya yang merupakan pelakon, Julia Farhana tampil membuat kenyataan kononnya penyanyi itu berbohong.

Tidak hanya berdiam diri dengan tuduhan tersebut, Lufya, 37, akhirnya tampil memberikan komen balas terhadap dakwaan berkenaan menerusi Instagram Story (IGS) miliknya.

“Bagi Lufya ini ujian juga buat Lufya tapi tak apa, Allah akan bersama-sama orang yang benar. Doakan Lufya, doakan anak Lufya, doakan agar Lufya sentiasa kuat, melalui ujian-ujian ini”

“Insya Allah, Allah pasti bersama orang yang benar. InsyaAllah, Allah akan tunjuk,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya menerusi hantaran terkini di IGS memaklumkan, tiada keperluan untuk berbalah di media sosial, bahkan lebih baik menggunakan saluran yang betul bagi menegakkan kebenaran.

Sementara itu, Lufya turut berterima kasih kepada warganet yang sentiasa bersikap matang dan memberikan kata-kata sokongan terhadapnya.

 

Terdahulu, bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz berkata, dia tidak hairan sekiranya Lufya berbohong dan membuat kenyataan palsu berunsur fitnah kepada masyarakat kerana dia lebih mengenali Lufya sebelum ini.

“Pertama kali saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Saya lebih mengenali siapa diri dia.

“Soal isu pemberian nafkah anak. Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.

“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan. Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi isteri saya yang sah dan kami pun sudah lama bercerai bukan baru bercerai 2 atau 3 bulan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Ada Bukti Kukuh Untuk Diberikan Kepada Mahkamah” – Bekas Suami Dakwa Kenyataan Lufya Palsu, Cuba Berbincang Soal Anak Tapi Dibalas Dengan Fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dihina, Saya Diam” – Jawab Dakwaan Ganggu Lufya, Julia Farhana Buka Mulut.. Buat Laporan Polis 7 November Lalu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Sep 2020
Events Mon, 4 Feb 2019

Artis Lipsync 12 Lagu Finalis AJL33 Di Karpet Merah, Janna Nick Paling Win!

Bravo team dan barisan artis yang cukup sporting untuk lipsync di Karpet Merah AJL33 semalam

Featured Fri, 9 Aug 2019
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

王浩歌陈宥维即兴撩妹!粉丝现场喊破喉咙

首季《双世宠妃》去年在中国播出创下50亿播放量,今年强势回归的《双世宠妃2》在10月播出后也有亮眼的成绩!配合dimsum二周年庆,演员来马举办见面会,吸引了一大票粉丝围堵。

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Alycia《嘴》探讨人性恶劣!挑战舞曲展现自我

马来西亚「正义女声」Alycia即将带着新歌《嘴》回归乐坛!MV中的她挑战自我展现舞蹈魅力,透过词曲、旋律与舞蹈的表现让人更能体会固中意义。

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

李佩玲开唱哭成泪人 现场向林宇中求婚?

2016年凭着第一季《中国新歌声》爆红的Jeryl李佩玲,9日举办人生第一场演唱会;今年年满18岁的她,坦言一路走来不容易,在演唱会三度上哭成泪人。

Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat.

error: Content is protected !!