Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 16, 2022 @ 5:28pm

[VIDEO] Tiba-Tiba Masuk Hospital Kerana Anxiety Melampau, Netizen Biadap Komen ‘Dah Tak Lama Ni’… Ini Respons Mia Sara

Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 17, mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang.

Ia ekoran sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya semalam sedang menimati makanan Jepun iaitu Sushi dan selang beberapa jam, aktres cilik itu mendapatkan rawatan di hospital.

Pada awalnya, aktres Epilog Syurga Cinta disyaki keracunan makanan namun menurut doktor yang merawat, Mia dikhabarkan mempunyai masalah tekanan yang teruk.

“Tak, bukan keracunan makanan. Saya baru sahaja mengalami serangan panik dan di diagnosis anxiety yang melampau,” katanya di ruang komen.

Sementara itu, ada seorang netizen yang meninggalkan komen berbaur negatif mendakwa kehidupan selebriti ini tidak lama di dunia meraih perhatian Mia yang terkejut dengan reaksi tersebut.

“Dah tak lama ni perempuan,” tulis netizen.

“Wow,” balas Mia yang seakan terdiam seribu bahasa.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan pengikut Mia yang mendoakannya agar kembali sembuh seperti sedia kala.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berpakaian ‘Sendat’ Ketika Menari, Netizen Anggap ‘Kifarah’ Untuk Mia Sara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Zizie Ezette Kongsi Wajah Anak Kembar

Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette buah hati Datin Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar

Featured Wed, 21 Aug 2024
Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Tahniah Hafiz Suip, Bakal Timang Anak Kedua!

Congrats to Hafiz dan Effy!

Featured Fri, 21 Oct 2022
Trending Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Gabungan Vokal Padu, ‘Mahal’ Jadi Taruhan Baharu Iskandar & Idayu

Bagi memastikan hasil terbaik, Iskandar menjalani sesi rakaman intensif termasuk latihan vokal

error: Content is protected !!