Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2026 @ 11:33am

Gabungan Vokal Padu, ‘Mahal’ Jadi Taruhan Baharu Iskandar & Idayu

Penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail terus mengukuhkan langkahnya di pasaran Malaysia menerusi pelancaran single terbaharu berjudul Mahal yang menemukannya dengan vokalis bersuara lantang, Idayu.

Mengangkat genre ‘power ballad’, lagu ciptaan komposer terkenal Farouk Roman itu tampil dengan susunan muzik dramatik dan melodi mencabar, sekali gus memperlihatkan keupayaan vokal kedua-dua penyanyi berkenaan.

Membawa legasi bapanya, legenda era 60-an R Ismail, Iskandar mengakui single ini menjadi antara projek terpenting dalam perjalanan kariernya di Malaysia.

“Saya sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik di Singapura. Sekarang adalah masa terbaik untuk saya memberikan sepenuh komitmen di Malaysia.

“‘Mahal’ bukan sekadar lagu baharu, tetapi satu penanda aras untuk saya terus relevan dan diterima di sini,” katanya.

Bagi memastikan hasil terbaik, Iskandar menjalani sesi rakaman intensif termasuk latihan vokal khusus bagi memastikan setiap lontaran nada kedengaran seimbang dan mantap.

Sementara itu, Idayu menyifatkan kolaborasi berkenaan sebagai pengalaman yang memberi kepuasan tersendiri.

“Sejak pertama kali mendengar demo, saya sudah jatuh cinta dengan jiwa lagu ini. Melodinya memang mencabar, tetapi itu yang menjadikan ia menarik.

“Vokal Iskandar pula sangat matang dan apabila digabungkan, ia menghasilkan emosi yang kuat,” katanya.

Farouk Roman pula menjelaskan Mahal mengangkat mesej tentang nilai sebenar kehidupan yang tidak boleh diukur dengan material semata-mata.

“Lagu ini menuntut penghayatan dan teknik vokal kelas atasan. Ia berkisar tentang kejujuran, pengorbanan dan perasaan yang sering kali lebih mahal daripada harta benda,” ujarnya.

Mahal sudah tersedia di semua platform digital sejak 30 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Ain Edruce Tidak Percaya Ramai Senasib Apabila Pertaruhkan ‘Overthink’

Memang perempuan je ke yang selalu ‘overthink’???

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Kongsi Foto Bersama Seorang Jejaka, Adira Suhaimi Dah Temui Pengganti?

Adira seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh individu tersebut.

Featured Mon, 20 Mar 2023

Raffi Ahmad Kantoi Curang! Video Call Bekas Pekerja Dalam Bilik

Serius lah? Punya sayang mas Raffi sama mbak Nigita😱

Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Individu Dakwa Nilam Ortiz Hanya Orang Tengah, Bukan Pengasas Sebenar Produk Minyak Urut?

Isteri Azlan Komeng didakwa menipu resepi jual minyak urut saraf

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
error: Content is protected !!