Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 26, 2022 @ 3:08pm

Raihan, Naim Daniel, Jamal Abdillah, Faizal Tahir & Ahmad Dhani Meriahkan Garden of Eid Festival

Buat julung kalinya, dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan.

Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan.

Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari.

Pastinya para pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).

Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. Di segmen ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung.

Sebagai bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur Malaysia.

Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan.

Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di masa akan datang bagi menyajikan program – program yang dianggap dapat menarik pelancong – pelancong luar untuk mempelajari cara – cara sambutan Aidilfitri juga budaya – budaya di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial Garden of Eid di Instagram @gardenofeid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon ini menerima kritikan dengan hati terbuka & mengaku kekhilafan diri…

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tutup Ruangan Komen, Neelofa Kongsi Video Bilal Bermanja Dengan PU Riz – “Hati Ini Bahagia Bila…”

Nampak dah wajah Bilall hehehe, comellnyaa putera tercinta Neelofa dan Pu Riz ni! 😚😚 Moga membesar dengan sihat dan dilindungi olehNya Bilal sayang 🥰

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Hisyam Hamid Rimas Di Set Filem Hantu?

Pengalaman berbeza kali ini.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sesi Bertemu Peminat Berlangsung Hampir 2 Jam Di Singapura, Orang Ramai Beratur Panjang Demi Berjumpa Siti Khadijah Halim

Wah, peminat Singapura teruja bertemu dengan Siti Khadijah Halim di Singapura.

FESYEN Thu, 11 Apr 2019
error: Content is protected !!