Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 30, 2019 @ 11:24am

Harga Minyak RON97 Turun, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengemaskini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 31 Ogos sehingga 6 September 2019.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, harga minyak Ron97 turun sebanyak 1 sen menjadi RM2.50/liter manakala Ron95 dan diesel kekal pada harga RM2.08/liter dan RM2.18/liter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.20 seliter dan RM2.23 seliter masing-masing. Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.21 seliter dan diesel pada RM2.25 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 31 Ogos 2019 sehingga 6 September 2019 adalah berjumlah RM48.84 juta.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

What doesn’t kill you makes you stronger bak kata Kelly Clarkson 🤪🤣😌

Featured Thu, 10 Apr 2025

Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?

Dakwanya lagi, Zahnita turut mengeluarkan kata-kata makian termasuklah culas dalam mengurus perniagaan.

Trending Sun, 28 Jul 2019

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur Masih Boleh…

Tercampak 70 meter Dan Separuh Otaknya Hancur, Lelaki Ini Tetap Bangkit Walau Lupa Cara Untuk Bertutur

Trending Sat, 9 Mar 2024
error: Content is protected !!