Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 9, 2022 @ 10:09am

[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

Pelawak terkenal, Shuib sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen selepas didakwa keluar makan malam bersama usahawan Watie Hanifiah.

Ia susulan sebuah hantaran yang dikongsikan Shuib di laman Instagram miliknya sedang menjamu selera bersama anak-anaknya, Talita dan Matin di restoran mewah cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay.

Apa yang menarik perhatian adalah rata-rata netizen di ruangan komen melihat pantulan kelibat wanita seakan Watie berada di cermin belakang turut memakai pakaian berwarna hitam.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan pengikutnya turut ‘mengintai’ di Instagram Watie yang turut sama berkongsi dirinya sedang menikmati juadah sama seperti Shuib dan anak-anak iaitu hidangan mewah lobster dan beef wellington.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Shuib untuk tidak berselindung lagi sekiranya benar mempunyai hubungan istimewa bersama Watie.

Meninjau ke Instagram milik Watie, usahawan ini turut berkongsi sebuah video memakai busaha serba hitam dan ruangan kapsyen miliknya dibanjiri peminat Shuib yang mendoakan jodoh mereka.

Sebelum ini, Shuib menafikan dakwaan bercinta dengan Watie selepas tular beberapa foto mereka seakan berpakaian sedondon antaranya ketika menonton konsert Anuar dan Ziana Zain meskipun secara berasingan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baju Sedondon Setiap Kali Konsert, Netizen Dakwa Wanita Ini Kekasih Shuib? – “Setiap Gambar, Mesti Dia Like”

Artikel Berkaitan: Kesal Kehidupan Peribadi Jadi Perbualan, Shuib Buka Mulut Soal Baju Sedondon Dengan Usahawan – “Netizen Lebih Dahsyat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Status ‘Maaf, Saya Mula Penat’ Ardell Terus Jadi Tanda Tanya

Saya hanya insan biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan yang saya lalui. Saya juga ada perasaan dan buat masa ini, saya hanya melakukan perkara yang saya mahu buat…

Featured Fri, 3 Jan 2025

Rambut Merah Persis TOP Big Bang, Kenyataan Fattah Amin Dipertikai… Warganet Bergaduh Di Ruangan Komen

Tindakan mahu jadi muslim terbaik dipersoal netizen selepas Fattah tampil berambut merah dan memakai rantai.

Featured Wed, 29 Apr 2026

Aishah Terkilan, Dakwa Tiket Konsert ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Disabotaj

atuk Aishah kecewa apabila tiket konsertnya ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ disabotaj.

Hiburan Fri, 22 May 2026

“Selalu Mengaku Ada Boyfriend, Supaya Selamat Daripada Buaya Darat” – Anzalna Nasir Bersuara Isu Selebriti Diganggu VIP

Anzalna mendedahkan caranya menjaga keselamatan diri daripada tidak diganggu VIP atau individu berstatus suami orang adalah dengan sentiasa memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki

Trending Wed, 15 Jan 2020

PLUS guna teknologi dron pantau pergerakan trafik sempena Tahun Baharu Cina

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif […]

error: Content is protected !!